Catatan Popular

Sabtu, 25 Jun 2011

Samba desak Rovers benarkan dia keluar

Samba katakan tidak pada pergelutan elak penyingkiran.


Christopher Samba telah bercakap tentang keinginannya untuk meningkatkan diri dan berkata dia enggan terlibat dengan lebih banyak lagi pergelutan mengelak penyingkiran bersama Blackburn Rovers.

Samba telah menarik minat dari Arsenal dan berharap Rovers tidak akan menghalangnya jika dia diberi peluang berpindah ke kelab lebih besar.

Samba berkata: "Empat tahun setengah saya dah di Blackburn dan bergelut elak penyingkiran.

"Jika satu peluang tiba, saya mahu ambilnya. Saya harap kelab akan faham jika saya mahu meningkat satu tahap lagi dan tak akan halang perjanjian."

Samba mempunyai kontrak di Ewood Park sehingga 2015 namun telah kuat dikaitkan dengan Arsenal musim panas ini selepas terlepas perpindahan ke Emirates Januari lalu, ketika pesaing utara London, Tottenham turut dikatakan berminat.

Samba ditandatangani oleh Blackburn pada 2007 untuk £450,000 (sekitar €500,000) dari Hertha Berlin dan Rovers semestinya akan menjana keuntungan besar dari amaun tersebut, setinggi £12 juta (€13.5 juta) seperti yang telah diuar-uarkan.

Sejak berpindah ke Ewood Park, Samba telah membuat 169 penampilan dan menjaringkan 16 gol. Dia dilantik kapten pada 2010 namun diketepikan dari peranan tersebut musim lalu selepas menghantar permintaan untuk berpindah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan