Arsenal kini sedia berpisah dengan kapten, Cesc Fabregas apabila mereka menerima tawaran yang lebih baik daripada Barcelona, demikian dakwaan seorang pegawai kanan kelab itu.
Laporan menyatakan sumber berpangkat tinggi di The Emirates, namun tidak dinamakan, mengesahkan bahawa jika ada tawaran yang lebih baik dibentangkan, Arsenal akan menjual Fabregas.
"Tawaran (awal) rasmi dibuat secara secara bertulis kepada ketua eksekutif kami (Ivan Gazidis), dan kami terus berkata tidak," dedah pegawai itu.
Ketika ditanya sama ada bayaran perpindahan yang lebih baik boleh mempengaruhi lembaga, sumber menambah, "Mungkin ya dan jika berpatutan, saya jangka kami akan perlu menjualnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan