Liverpool dan Arsenal saling berhubung dengan Barcelona untuk penyerang lebihan mereka, Bojan Krkic. Pemain berusia 20 tahun itu ingin meninggalkan juara Eropah tersebut selepas semusim yang mengecewakan kerana berterusan menjadi pemain gantian. Liverpool mempertimbangkan tawaran £17 juta dan mungkin cuba melakukan pembelian berganda melibatkan rakan sepasukan Bojan, Jeffren, seorang lagi penyerang yang semakin tersisih dari pilihan pengurus Barcelona, Pep Guardiola selepas pengurus tersebut memuktamadkan perjanjian pembelian Giuseppe Rossi dari Villarreal. Arsenal juga dilaporkan berminat dengan bekas midfielder Birmingham dan ejen bebas, Sebastian Larsson, 25. Blackburn, Sunderland dan Newcastle dilaporkan turut mengemukakan tawaran. |
Catatan Popular
Selasa, 7 Jun 2011
Bojan adalah pemain sasaran Liverpool dan Arsenal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan