Catatan Popular

Isnin, 13 Jun 2011

Nasri diidami 4 kelab besar


LONDON: Kelab gergasi Bayern Munich dijangka bersaing dengan dua kelab Manchester dan Chelsea untuk mendapat khidmat pemain tengah Arsenal, Samir Nasri.
Kelab Jerman itu yang mencatat keuntungan sejak beberapa tahun lalu dan dilabel kelab keempat terkaya dunia, memiliki dana 200 juta (RM980 juta) untuk dibelanjakan dan mahu membeli Nasri untuk diganding dengan Franck Ribery, 28, yang menghampiri hujung kontraknya.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyedari Nasri, 23, dan rakan senegaranya dari Perancis, Gael Clichy, yang memiliki baki kontrak setahun menjadi tumpuan kelab berbelanja besar.

Minat United dilihat lebih jelas, terutama selepas permintaan gaji Wesley Sneijder �250,000 (RM1.2 juta) seminggu menyebabkan pemain tengah Belanda itu sukar untuk dibeli.

Gaji itu bukan halangan buat City dan Chelsea. Namun mereka perlu berusaha memujuk pemain tengah itu selepas dia dikatakan gembira di Inter Milan.

United turut mengendurkan minat mereka terhadap pemain tengah Everton, Jack Rodwell yang menjadi sasaran Tottenham dan boleh menggantikan Luka Modric.


Di sebalik pengakuan pengurus Harry Redknapp, pemain tengah Croatia itu hampir pasti meninggalkan White Hart Lane. Namun, sesiapa yang mahukan Modric perlu mengatasi Chelsea yang sudah lama mengidam mendapatkan pemain itu.

Penyerang Brazil, Neymar membayangkan pemilik Stamford Bridge, Roman Abramovich perlu menanti perpindahannya ke London.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan