Arsene Wenger menegaskan beliau sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkan Gael Clichy di Arsenal.
Bek kiri Perancis itu tamat kontraknya musim panas depan dan setakat ini gagal mempersetujui terma baru untuk memanjangkan kontraknya di the Emirates Stadium.
Liverpool melihat tawaran £5 juta mereka untuk pemain itu ditolak awal bulan ini dan kelab gergasi Itali, Roma turut berminat dengan khidmatnya.
Namun pengurus Gunners, Wenger berharap beliau boleh meyakinkan pemain berusia 25 tahun itu untuk terus tinggal di utara London.
Beliau berkata: "Kami telah memulakan perbincangan dengan Gael dan mahukan beliau kekal."
Clichy berpindah ke Arsenal pada tahun 2003 dari Cannes dan telah membuat 264 penampilan untuk kelab, menjaringkan dua gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan