Cesc Fábregas akan dibenarkan untuk meninggalkan Arsenal jika musim panas ini tapi hanya jika Arsène Wenger berjaya meyakinkan Samir Nasri untuk terus kekal di kelab dengan beliau sanggup mendengar sebarang tawaran untuk kaptennya sekiranya midfielder Perancis tersebut menandatangani kontrak baru.
Masih belum ada sebarang tawaran rasmi untuk Fábregas, dengan pengurusan di the Emirates menyedari tawaran £27 juta dari Barcelona tidak akan bertahan lama.
Kelab Catalan itu dijangka akan meneruskan minat mereka terhadap Fábregas musim panas ini, Wenger sedar bahawa Fábregas kini semakin kepingin untuk meninggalkan Arsenal untuk kelab tempat kelahirannya walaupun belum mengemukakan permohonan perpindahan rasmi.
Selepas musim Nasri mempamerkan kecemerlangnyannya musim lepas, Wenger bersedia untuk meningkatkan gaji dalam kontraknya kepada £100,000 seminggu dalam usaha menamatkan minat dari Manchester United yang menjadi salah sebuah kelab yang memburu khidmatnya.
Merujuk kepada prospek perpindahan ke Old Trafford, Nasri, yang baru saja menyambut ulangtahun kelahiran ke 24, telah menyatakan: "Saya tak tahu jika saya akan menandatangani kontrak baru. Apa pun perbincangan sedang dilangsungkan."
Walaupun Wenger tidak mahu Fábregas berpindah, beliau juga tidak berasa selesa jika midfielder itu berpindah namun beliau tetap berazam bahawa masa depan Nasri perlu dijamin dengan segera sebelum ia memberi petunjuk yang negatif kepada penyokong kelab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan