Catatan Popular

Rabu, 29 Jun 2011

Arsenal kini sedia berpisah dengan kapten, Cesc Fabregas.


Fabregas berkemungkinan sertai Barcelona.


Arsenal kini sedia berpisah dengan kapten, Cesc Fabregas apabila mereka menerima tawaran yang lebih baik daripada Barcelona, demikian dakwaan seorang pegawai kanan kelab itu.
 
Laporan menyatakan sumber berpangkat tinggi di The Emirates, namun tidak dinamakan, mengesahkan bahawa jika ada tawaran yang lebih baik dibentangkan, Arsenal akan menjual Fabregas.
 
"Tawaran (awal) rasmi dibuat secara secara bertulis kepada ketua eksekutif kami (Ivan Gazidis), dan kami terus berkata tidak," dedah pegawai itu.
 
Ketika ditanya sama ada bayaran perpindahan yang lebih baik boleh mempengaruhi lembaga, sumber menambah, "Mungkin ya dan jika  berpatutan, saya jangka kami akan perlu menjualnya."

Arsene Wenger sedaya-upaya mengekalkan Gael Clichy


Wenger mahu Clichy untuk terus bersama skuad.


Arsene Wenger menegaskan beliau sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkan Gael Clichy di Arsenal.
 
Bek kiri Perancis itu tamat kontraknya musim panas depan dan setakat ini gagal mempersetujui terma baru untuk memanjangkan kontraknya di the Emirates Stadium.
 
Liverpool melihat tawaran £5 juta mereka untuk pemain itu ditolak awal bulan ini dan kelab gergasi Itali, Roma turut berminat dengan khidmatnya.
 
Namun pengurus  Gunners,  Wenger berharap beliau boleh meyakinkan pemain berusia 25 tahun itu untuk terus tinggal di utara London.
 
Beliau berkata: "Kami telah memulakan perbincangan dengan Gael dan mahukan beliau kekal."
 
Clichy berpindah ke Arsenal pada tahun 2003 dari Cannes dan telah membuat 264 penampilan untuk kelab, menjaringkan dua gol.

Selasa, 28 Jun 2011

Peminat nakal Arsenal meletakkan Denilson untuk lelongan di eBay.


Peminat nakal Arsenal meletakkan Denilson untuk lelongan di eBay.


Peminat nakal Arsenal telah menawarkan untuk membantu kelab dengan menjual midfielder Denilson yang mahu pergi – dengan meletakkan pemain itu untuk dijual di eBay!
 
Beliau berada di belakang Cesc Fabregas, Jack Wilshere, Alex Song, Aaron Ramsey dan Abou Diaby dalam pemilihan pasukan di Arsenal dan perpindahan meninggalkan the Emirates tidak dapat dielakkan.
 
Namun dengan tiada tawaran diterima lagi, seorang peminat Gunners memutuskan untuk meletak Denilson di laman sesawang lelongan – dengan harga bidaan dimulakan hanya  £68.70.
 
Penjual menggambarkan Denilson sebagai Denilson "Dia ada kemampuan teknikal, pada dasarnya tidak pernah cedera, ada hantaran tepat dan akan menjadi sempurna untuk pasukan yang mahukan defensif midfielder perlahan yang lebih laju dari lori tangki."
 
Bidaan untuk Denilson mencecah £15,000 namun penyenaraian beliau telah pun dialihkan dari eBay.

Jika Nasri pergi maka Wenger akan habis-habisan mempertahankan fabregas.





Jika Nasri pergi maka Wenger akan habis-habisan mempertahankan fabregas.


Cesc Fábregas akan dibenarkan untuk meninggalkan Arsenal jika musim panas ini tapi hanya jika  Arsène Wenger berjaya meyakinkan Samir Nasri untuk terus kekal di kelab dengan beliau sanggup mendengar sebarang tawaran untuk kaptennya sekiranya midfielder Perancis tersebut menandatangani kontrak baru.
 
Masih belum ada sebarang tawaran rasmi untuk Fábregas, dengan pengurusan di  the Emirates menyedari tawaran £27 juta dari Barcelona tidak akan bertahan lama.
 
Kelab Catalan itu dijangka akan meneruskan minat mereka terhadap Fábregas musim panas ini, Wenger sedar bahawa Fábregas kini semakin kepingin untuk meninggalkan Arsenal untuk kelab tempat kelahirannya walaupun belum mengemukakan permohonan perpindahan rasmi.
Selepas musim Nasri mempamerkan kecemerlangnyannya musim lepas, Wenger bersedia untuk meningkatkan gaji dalam kontraknya kepada £100,000 seminggu dalam usaha menamatkan minat dari Manchester United yang menjadi salah sebuah kelab yang memburu khidmatnya.
Merujuk kepada prospek perpindahan ke Old Trafford, Nasri, yang baru saja menyambut ulangtahun kelahiran ke 24, telah menyatakan: "Saya tak tahu jika saya akan menandatangani kontrak baru. Apa pun perbincangan sedang dilangsungkan."
 
Walaupun Wenger tidak mahu Fábregas berpindah, beliau juga tidak berasa selesa jika midfielder itu berpindah namun beliau tetap berazam bahawa masa depan Nasri perlu dijamin dengan segera sebelum ia memberi petunjuk yang negatif kepada penyokong kelab.

berita baik buat peminat barca, berita buruk buat peminat arsenal.

ARSENAL tampak seperti akhirnya terpaksa mengalah dan menjual juga kaptenya, Cesc Fabregas kepada Barcelona.
Pemain berusia 24 tahun itu dilihat telah pun dikecualikan daripada segala paparan imej promosi jersi kedua baru Arsenal yang dilancarkan semalam.
Persetujuan jual beli Fabregas dijangka akan dapat diselesaikan pada minggu ini dengan peningkatan tawaran daripada bidaan bernilai £27 juta minggu lalu bakal menjadi detik penentu.
“Jika tawaran baru itu dianggap cukup, saya jangkakan kami akan menjual juga Fabregas kepada Barcelona,” kata seorang pegawai kanan Arsenal.
The Gunners sebelum ini dikatakan meminta antara £40 juta hingga £60 juta tetapi Fabregas mungkin akan dilepaskan andai Barcelona meningkatkan bidaan kepada £35 juta.
Fabregas merupakan pemain remaja Barcelona sebelum dia dibeli Arsenal ketika berusia 16 tahun pada 2003

Midfielder Arsenal, Alex Song telah didenda oleh persekutuan bola sepak Cameroon.


Alex Song enggan berjabat tangan dengan Samuel Etoo


Midfielder Arsenal, Alex Song telah didenda oleh persekutuan bola sepak Cameroon kerana menunjukkan 'sikap penghinaan' terhadap kapten antarabangsa, Samuel Eto'o. 
 
The Federation Camerounaise de Football mengumumkan di laman web mereka bahawa pemain berusia 23 tahun itu didenda 1 juta francs Afrika Tengah (£1,355) selepas enggan berjabat tangan dengan Eto'o sebelum aksi The Indomitable Lions menentang Senegal dalam kelayakan Piala Bangsa-Bangsa Afrika pada 4 Jun . 
 
Song tidak bermain untuk negaranya sejak pertengkaran dengan Eto'o pada Piala Dunia musim panas lalu. Aksi dengan Senegal, yang mana dia akhirnya terlepas akibat kecederaan, merupakan tanda kembalinya dia ke dalam skuad. 
 
Bek kiri Tottenham, Benoit Assou-Ekotto yang tidak menghadiri sesi pendengaran, turut diberi amaran kerana gagal hadir dalam sesi latihan selepas dipanggil oleh jurulatih Javier Clemente. Dia memberi alasan masalah kesihatan, namun telah dianggap cergas. 
 
Striker Inter Milan, Eto'o dituduh ponteng sesi latihan dan menunjukkan kekurangan disiplin terhadap Clemente bagi mempertikaikan penggantian semasa perlawanan Senegal, namun dia telah membersihkan keadaan.

Perpindahan Gervinho ke Arsenal mungkin akan disempurnakan dalam beberapa hari lagi.


Gervinho membantu Lille memenangi gelaran Perancis.


Perpindahan Gervinho ke Arsenal mungkin akan disempurnakan dalam beberapa hari lagi, ketika Lille mahu mendapatkan wang bagi membiayai dana untuk Dimitri Payet.
 
Striker Ivory Coast, Gervinho merupakan sasaran Spurs dan Newcastle United pada awal musim panas, namun telah menyatakan dengan jelas dia akan memilih menyertai Arsenal. 
 
The Gunners menghabiskan masa beberapa hari baru-baru ini cuba untuk mempersetujui bayaran bagi pemain berusia 24 tahun itu, yang membuat jaringan15 gol ketika membantu Lille memenangi gelaran Perancis musim lalu. 
 
Arsenal berharap untuk membayar sekitar £10.5 juta bagi bintang Piala Dunia tersebut, namun kini dijangka mempersetujui harga £12 juta dalam masa terdekat.
 
Lille telah mengemukakan sejumlah permintaan yang besar tetapi kini perlu mengumpul sendiri dana bagi pembelian mereka.

Isnin, 27 Jun 2011

Ricardo Alvarez kini sudah menjadi pemain arsenal

Ricardo Alvarez bagai sudah terikat di The Emirates.


Menurut presiden Palermo iaitu Maurizio Zamparini, Arsenal telah mempersetujui perjanjian untuk bintang Velez Sarsfield, Ricardo Alvarez. 
 
The Gunners dilihat berjaya mengatasi persaingan The Rosanero dan juga Roma untuk pemain bernilai £12 juta, Alvarez yang baru-baru ini membawa pasukannya menjuarai gelaran liga Argentina.
 
Bercakap kepada Radio Kiss Kiss, Zamparini mendedahkan Palermo merupakan kelab yang pada awalnya mengejar midfielder berusia 23 tahun, sehinggalah tindakan lambat mereka membuatkan Arsene Wenger mencuri masuk.
 
"Kami mempunyai tawaran konkrit untuk Alvarez dan memilikinya menyertai kami pada Januari," kata ketua Rosanero.
 
"Malangnya kami tak melengkapkan perpindahan pada masanya, jadi kami kehilangannya kepada Arsenal."
 
"Buat masa ini, dia telah menandatangani bersama Arsenal."
 
Tonggak Argentina itu diwakili oleh ejen yang sama dengan pemain perancang Palermo, Javier Pastore yang dikejar oleh Chelsea.

arsenal telah menetapkan nilai Fabregas melebihi £44 juta


Arsenal berhadapan satu lagi musim panas samar mengenai masa depan Cesc Fabregas.


Barcelona telah melancarkan tawaran pertama musim panas ini untuk Cesc Fabregas dengan menghubungi terus Arsenal bersama tawaran €30 juta (£27 juta).
 
Tawaran awal untuk Fabregas pada musim panas lepas adalah €35 juta dan turut ditolak mentah-mentah dengan Arsenal kini pastinya lebih tersinggung apabila melihat Barcelona kini meletakkan nilai yang lebih rendah untuk bekas pemain pelatih mereka itu.
 
Bagaimanapun, kita boleh menjangkakan untuk melihat tawaran yang terus-menerus untuk Fabregas pada musim panas ini seperti mana yang berlaku tahun lepas.
 
Arsenal telah menetapkan nilai Fabregas melebihi £44 juta dan ia bermakna ada jurang sekitar £17 juta dari perspektif masing-masing.
 
Presiden Barcelona Sandro Rosell telah mengejutkan Arsenal dengan secara terbuka menyatakan beliau tidak akan menawarkan lebih dari £35.5 juta dan berkata nilai Fabregas kini merosot berdasarkan jumlah tahun di dalam kontraknya.
 
Namun Fabregas masih terikat bersama Arsenal hingga 2015 dan ia bermakna kelab tidak perlu bimbang mengenai kemerosotan nilai dalam kontrak semasanya untuk sekurang-kurangnya tempoh dua tahun lagi.

Ahad, 26 Jun 2011

NEW JERSEY KIT 2011/2012


aku ade terbaca entry pasal jersey arsenal tuk season depan. so aku google la tuk cari kepastian.. ahkirnya aku dapat mencari maklumat yang perlu. so korang x payah susah susah nk google.. coz aku post kt blog nie..
 rupa paras baju baru..
Untuk pengetahuan korang. Musim 2011/2012 adalah ulangtahun yang ke 125 pertubuhan kelab yang dinamakan ARSENAL. so, mereka ada buat penambahan pada logo. walaupon aku tgk logo arsenal yg baru ni mcm logo negeri Kedah. tetapi ia ada maksud yang tersendiri tau..
logo ada penambahan.. tp bukan padi ok~~
sebenarnya itu bukan padi seperti yang ada di bendera Kedah. Itu adalah daun  Laurel dan daun Oak. Klu nk tahu ape tu daun tersebut. silalah google k. heheh...
 baju mirip pasukan rusia..

gaya clichy mcm best..

walau apa pon. kita kena tunggu dan lihat sama ada betol atau tidak jersey ni akan di pkai oleh pasukan kita next season. smua rumors xley nk caye sgt. hehehe..

Sabtu, 25 Jun 2011

Arsenal tidak akan menjual Carlos Vela


Vela tidak dibenarkan keluar.


Arsenal tidak akan menjual Carlos Vela pada musim panas ini, demikian dakwaan oleh ejen pemain antarabangsa Mexico.

Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke West Brom pada babak kedua musim lalu tetapi gagal membuat impak besar, menjaringkan hanya dua gol dalam lapan penampilan Liga Perdana Barclays.

Tonggak Mexico tersebut dijangka menjadi antara beberapa pemain yang dibenarkan keluar ketika Arsene Wenger merombak skuadnya berikutan satu lagi kempen yang gagal untuk Arsenal.

Namun ejen Vela, Eduardo Hernandez kekal menyatakan pemainnya masih sebahagian besar daripada rancangan Wenger. Dia berkata, "Saya telah lapan kali berbual dengan Arsenal, yang paling baru adalah pada Jumaat lalu dan Carlos masih pemain Arsenal, dia akan kekal di Arsenal dan bukan untuk dijual."

"Proses tentang Carlos agak perlahan."

"Arsene Wenger jurulatih yang sangat mendesak, dia hantar Vela bagi pinjaman selama enam bulan ke West Brom bukan mengikut kehendak pemain, tapi semuanya berjalan dengan baik."

Gael Clichy akan cuba sedaya-upaya untuk memaksa perpindahan ke Liverpool.

Clichy dilihat mendesak untuk perpindahan ke Anfield.


Gael Clichy akan cuba sedaya-upaya untuk memaksa perpindahan ke Liverpool.

Bek kiri Arsenal itu menjadi pemain buruan selepas rundingan kontrak barunya tertangguh dengan hanya baki 12 bulan dalam kontrak semasanya.

Roma telah menawarkan £7 juta untuk pemain Perancis tersebut - £2 juta lebih tinggi dari the Reds.
Namun Clichy, 25, lebih cenderung berpindah ke Anfield dari Itali dan sedia bertahan dan mengharapkan the Gunners akan berurusniaga dengan Liverpool.

Bos Kop, Kenny Dalglish terdesak untuk merekrut bek kiri selepas selepas Glen Johnson terpaksa bermain di posisi tersebut untuk tempoh yang lama pada musim lepas.

Samba desak Rovers benarkan dia keluar

Samba katakan tidak pada pergelutan elak penyingkiran.


Christopher Samba telah bercakap tentang keinginannya untuk meningkatkan diri dan berkata dia enggan terlibat dengan lebih banyak lagi pergelutan mengelak penyingkiran bersama Blackburn Rovers.

Samba telah menarik minat dari Arsenal dan berharap Rovers tidak akan menghalangnya jika dia diberi peluang berpindah ke kelab lebih besar.

Samba berkata: "Empat tahun setengah saya dah di Blackburn dan bergelut elak penyingkiran.

"Jika satu peluang tiba, saya mahu ambilnya. Saya harap kelab akan faham jika saya mahu meningkat satu tahap lagi dan tak akan halang perjanjian."

Samba mempunyai kontrak di Ewood Park sehingga 2015 namun telah kuat dikaitkan dengan Arsenal musim panas ini selepas terlepas perpindahan ke Emirates Januari lalu, ketika pesaing utara London, Tottenham turut dikatakan berminat.

Samba ditandatangani oleh Blackburn pada 2007 untuk £450,000 (sekitar €500,000) dari Hertha Berlin dan Rovers semestinya akan menjana keuntungan besar dari amaun tersebut, setinggi £12 juta (€13.5 juta) seperti yang telah diuar-uarkan.

Sejak berpindah ke Ewood Park, Samba telah membuat 169 penampilan dan menjaringkan 16 gol. Dia dilantik kapten pada 2010 namun diketepikan dari peranan tersebut musim lalu selepas menghantar permintaan untuk berpindah.

Rabu, 22 Jun 2011

Penyerang Lille, Gervinho bakal pindah ke Arsenal musim panas ini.

Penyerang Lille, Gervinho bakal pindah ke Arsenal musim panas ini.


Arsenal sedang dalam peringkat akhir menandatangani penyerang bernilai £10.5 juta, Gervinho

Gunners sedang hampir mempersetujui perjanjian empat tahun dengan striker Lille itu dalam pembelian besar pertama mereka musim panas ini.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu memainkan peranan penting ketika Lille menang kejuaraan berganda Liga dan Piala Perancis musim lalu, menjaringkan 15 gol.

Awal bulan ini, pengurus besar Lille, Frederic Paquet telah mengesahkan Gervinho mahu berpindah ke England dan perbincangan dengan Arsenal sedang dirancang.

"Dia mahu pergi dan dah mula ada hubungan dengan Arsenal," kata Paquet. "Kami akan tak lama lagi adakan perbincangan dengan mereka dan lihat apa tawaran mereka. Dia dah luahkan hasrat untuk pergi ke England dan kami akan lihat apa akan terjadi."

Manchester City, Tottenham dan Newcastle semuanya turut berminat membawa Gervinho ke Liga Perdana Barclays.

Namun dia telah memilih Gunners ketika mereka dalam usaha memastikan kemarau trofi berlanjutan sehingga tujuh tahun musim depan.

Samir Nasri mahu membuktikan yang dia lebih daripada sekadar keajaiban

Nasri berasa Arsenal hampir mengakhiri usaha untuk piala.

Samir Nasri mahu membuktikan yang dia lebih daripada sekadar keajaiban semusim, walaupun masa depan Arsenal yang kabur.
 
Midfielder Perancis yang berusia 24 akhir bulan ini, masih belum bersetuju dengan lanjutan kontrak Arsenal, situasi yang mana Manchester United dikatakan memantau rapat.
 
Berdasarkan spekulasi musim panas, Nasri yakin dia tidak mampu berpuas hati selepas kempen hebat 2010/2011 yang menyaksikannya termasuk dalam senarai pendek pemain pemain bola sepak terbaik dunia pilihan gabungan pemain profesional.
 
Dia akui dirinya "kurang cekap" berikutan kembali daripada kecederaan hamstring pertengahan musim dan berikrar untuk meningkatkan prestasinya semula.
 
Nasri berkata, "Sebagai pemain, sukar untuk kekalkan puncak permainan anda."
 
"Saya tak mahu musim lalu dilupakan begitu saja. Saya mahu terus bermain pada tahap terbaik dan konsisten di peringkat seperti semasa permulaan musim lalu."
 
"Inilah beza antara pemain yang baik dan pemain hebat. Saya tahu jangkaan juga akan lebih tinggi terhadap diri saya."
 
Nasri masih belum komited terhadap The Gunners secara terbuka berhubung kontrak jangka panjang berikutan langkah ke Stadium Emirates dari Marseille pada musim panas 2008.

Selasa, 14 Jun 2011

Arsenal dilaporkan bersedia bersaing dengan Liverpool untuk tandatangan bek dinilai tinggi Birmingham


Bek tengah 6 kaki 5 inci itu tarik minat dari Liverpool dan Arsenal.

Arsenal dilaporkan bersedia bersaing dengan Liverpool untuk tandatangan bek dinilai tinggi Birmingham, Scott Dann musim panas ini.
 
Dann dikatakan berada dalam senarai dikehendaki Liverpool dan Arsenal selepas mereka tewas kepada Manchester United untuk pemain Blackburn, Phil Jones.
 
Ketua Arsenal, Arsene Wenger telah menjadikan bek tengah sebagai salah satu sasaran utamanya ketika dia dilihat mahu menguatkan bentengnya selepas mereka dilihat rapuh di barisan belakang musim lalu.
 
Bos Liverpool, Kenny Dalglish dilihat mahu menguatkan skuadnya ketika dia mahu membawa semula pasukannya kembali ke empat teratas dan Dann diletakkan tinggi dalam senarai pembeliannya.
 
Dann telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang bek muda terbaik di England sejak dua musim kebelakangan ini dan ketiadaannya akibat kecederaan ketika separuh kedua musim bertembung dengan penurunan prestasi kelab dan seterusnya penyingkiran liga mereka.
 
Birmingham sudah bersedia kehilangan pemain terbaik mereka selepas mereka tersingkir liga dan Dann ialah aset paling berharga mereka.

Robin van Persie percaya pemain Inggeris terlalu kuat berparti


Robin van Persie percaya pemain Inggeris terlalu kuat berparti.

Penyerang Arsenal, Robin van Persie mengkritik sesetengah rakan sepasukannya yang berbangsa Inggeris, menuduh mereka terlalu fokus untuk mengekalkan gaya hidup berparti.
 
Pemain Belanda itu enggan menyebut nama pemain yang dirujuknya namun menggambarkan sikap buruk tersebut dimiliki oleh sesetengah 'rakan sepasukan Inggerisnya'.
Beliau berkata wang dan gaya hidup tidak memadai untuk menjadi gembira kerana kejayaan di atas padang yang benar-benar bermakna.
 
"Pemain yang benar-benar bagus tidak terpedaya dengan kekayaan atau kemasyhuran kerana mereka hanya fokus dengan permainan mereka," Van Persie memberitahu.
 
Beliau mendedahkan salah satu keutamaan beliau ialah untuk duduk bersarapan bersama anak-anaknya setiap pagi – sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan jika beliau 'melepak sepanjang malam di disko'.
 
Van Persie, pemain antarabangsa Belanda, terus membuat spekulasi dengan menyebut bahawa ramai rakan sepasukannya yang berbangsa Inggeris terlalu khayal dengan kehidupan malam dan mereka ini akan menyedari karier mereka 'tamat' sebelum berusia 33 tahun.

kamu akan kesali


Bos Arsenal sedar perjuangan besarnya ialah untuk kekalkan Nasri dan kapten kelab, Fabregas.

Arsene Wenger memberi amaran kepada Samir Nasri bahawa beliau masih belum menjadi pemain yang lengkap dan perlu kekal di Arsenal untuk menjadi pemain yang sempurna.
 
Midfielder Arsenal, Nasri, dengan baki setahun dalam kontrak semasanya, merupakan antara prospek terhangat di Eropah.
 
Manchester United, Inter Milan dan Bayern Munich berminat dengan bintang bernilai £25 juta itu, yang masih belum menandatangani kontrak baru bersama the Gunners.
 
Wenger memberitahu: "Kami akan lakukan segala-galanya untuk mengekalkan Nasri di kelab. Harapan saya ialah beliau kekal di sini."
 
"Jika beliau imbas kembali beliau boleh nampak yang beliau telah melalui perjalanan yang panjang bersama kami dan saya fikir masih ada yang perlu dilakukan. Ia adalah kelab yang mencipta karier pemain."
 
Mengenai Fabregas, Wenger memberitahu: "Saya akan menjadi sangat jelas tentang ini. Pada saya, Fabregas telah lama bersama Arsenal dan beliau akan kekal dengan Arsenal."
 
"Kadangkala berlaku bahawa spekulasi boleh mencetuskan perpindahan."
 
"Tahun hadapan akan menyaksikan pengenalan sistem kewangan saksama di mana ia akan menghadkan perpindahan besar."
 
"Saya fkir inilah musim panas terakhir yang akan menjadi sangat- sangat panas."

arsene wenger perlukan sokongan


Alisher Usmanov berkata Arsenal perlu perkuatkan tunjang pertahanan pasukan mereka.

Alisher Usmanov, bilionair Uzbekistan dan pemegang utama saham Arsenal, meletakkan kesalahan pasukan untuk memenangi sebarang trofi sejak enam tahun lepas kerana ahli lembaga pengarah kelab.
 
Lelaki berusia 57 tahun itu, yang bukan salah seorang pengarah Arsenal walaupun memiliki hampir 30% saham Arsenal Holdings, percaya sikap mementingkan diri di kalangan ahli lembaga pengarah kelab telah membataskan peluang kejayaan kelab di atas padang.
 
Usmanov mengkritik pendirian ahli dalam lembaga pengarah dengan berkata: "Jika peranan ahli lembaga pengarah ialah mengabaikan tempoh kemarah trofi sementara mencatatkan keuntungan peribadi yang besar dan meminta peminat membayar kenaikan harga tiket yang naik dengan inflasi maka, tidak, saya tidak mahu berada dalam lembaga pengarah kelab."
 
"Jika sebaliknya, ia adalah untuk cuba mengekalkan kejayaan, untuk meningkatkan pelaburan peribadi di dalam kelab, untuk membantu membangunkan aspek komersial dan memastikan peminat ada suara dalam menguruskan kelab, maka, ya, saya fikri saya ada sesuatu untuk disumbangkan."
 
"Dari segi melakukan sesuatu yang berbeza, saya akan berikan anda contoh jelas. Arsenal ada semua kontrak komersial besar yang perlu diperbaharui dalam beberapa tahun nanti. Bukanlah satu rahsia untuk memaksimakan nilai tersebut yang anda perlukan untuk sukses di atas padang dan memenangi trofi."
 
"Untuk melaukannya anda perlu melabur sekarang dalam mencipta pasukan juara. Inilah logik komersial yang mudah. Sama ada ia akan dipersia-siakan, kita akan lihat."

Isnin, 13 Jun 2011

Nasri diidami 4 kelab besar


LONDON: Kelab gergasi Bayern Munich dijangka bersaing dengan dua kelab Manchester dan Chelsea untuk mendapat khidmat pemain tengah Arsenal, Samir Nasri.
Kelab Jerman itu yang mencatat keuntungan sejak beberapa tahun lalu dan dilabel kelab keempat terkaya dunia, memiliki dana 200 juta (RM980 juta) untuk dibelanjakan dan mahu membeli Nasri untuk diganding dengan Franck Ribery, 28, yang menghampiri hujung kontraknya.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyedari Nasri, 23, dan rakan senegaranya dari Perancis, Gael Clichy, yang memiliki baki kontrak setahun menjadi tumpuan kelab berbelanja besar.

Minat United dilihat lebih jelas, terutama selepas permintaan gaji Wesley Sneijder �250,000 (RM1.2 juta) seminggu menyebabkan pemain tengah Belanda itu sukar untuk dibeli.

Gaji itu bukan halangan buat City dan Chelsea. Namun mereka perlu berusaha memujuk pemain tengah itu selepas dia dikatakan gembira di Inter Milan.

United turut mengendurkan minat mereka terhadap pemain tengah Everton, Jack Rodwell yang menjadi sasaran Tottenham dan boleh menggantikan Luka Modric.


Di sebalik pengakuan pengurus Harry Redknapp, pemain tengah Croatia itu hampir pasti meninggalkan White Hart Lane. Namun, sesiapa yang mahukan Modric perlu mengatasi Chelsea yang sudah lama mengidam mendapatkan pemain itu.

Penyerang Brazil, Neymar membayangkan pemilik Stamford Bridge, Roman Abramovich perlu menanti perpindahannya ke London.

penyerang Arsenal, Robin van Persie mengkritik beberapa rakan Inggerisnya kerana corak kehidupan berfoya-foya

                                  

LONDON: Penyerang Arsenal, Robin van Persie mengkritik beberapa rakan Inggerisnya kerana corak kehidupan berfoya-foya dan berparti sekali gus mempersoalkan sama ada Gunners boleh memenangi Liga Perdana Inggeris musim depan.
Kata-kata penyerang Belanda itu pasti tidak disenangi pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika beliau cuba membangunkan semula skuadnya selepas kempen gagal yang menyaksikan mereka gagal memenangi sebarang trofi sejak Piala FA 2005.

Van Persie menolak cadangan sama ada wang atau gaya kehidupan cukup untuk membuatkannya gembira, namun jelas mempersoalkan sama ada pemain muda Inggeris berkongsi falsafah sama dengannya.

“Pemain utama tidak diperbodohkan oleh kekayaan atau kemasyhuran kerana mereka amat fokus dengan bola sepak,” katanya.

“Bagi saya, amat penting untuk bersarapan setiap pagi dengan dua anak saya dan ia tidak mungkin berlaku sekiranya anda sering berada di disko sepanjang malam.

“Apabila saya melihat beberapa rakan Inggeris yang masih berfoya-foya hingga jam 3 pagi, saya boleh rumuskan karier mereka akan tamat pada usia 33 tahun.” Bagi prospek Arsenal memenangi kejuaraan, Van Persie kelihatan agak ragu-ragu selepas Gunners sekali lagi gagal mencabar musim lalu, sekalipun berada pada landasan terbaik hingga suku ketiga musim.


“Setiap tahun ia mengecewakan,” kata Van Persie. “Apabila anda lihat keputusan musim lalu, Arsenal tidak patut bercakap mengenai memenangi liga kerana terlalu banyak benda yang tidak menjadi.


“Kadang-kadang anda perlu menerima hakikat kebenaran. Namun, saya percaya dengan pembelian beberapa muka baru, musim depan kami patut berada di sana bersaing merebut trofi.” - Agensi

Arsenal manager Arsene Wenger: We will do everything we can to keep Samir Nasri


Arsene Wenger has asked Samir Nasri not to leave Arsenal, insisting that the midfielder still has more to learn.

The north London club have gone six years without a trophy, and the Frenchman has been linked with a move away to rivals Manchester United - who are now the most successful club in England.

For his part, the 23-year-old has refused to confirm whether or not he intends to remain at Ashburton Grove.

"We will do everything to keep Nasri at the club. My wish is that he stays here," Wenger said, according to The Sun.

"If he looks back he can see that he's come quite a long way with us, and I think there is still a bit to do. It's the club that makes the player's career."

The Gunners skipper Cesc Fabregas has also been linked with a move away from the club, with Barcelona having been interested in signing him in the past.

"I will be pretty clear about this. For me, Fabregas is with Arsenal for a long time and he will stay with Arsenal," said Wenger.

"It sometimes happens that the rumour can make the transfer.

"Next year will see the introduction of the financial fair play system, which will limit the big transfers.

"I think this is the last year that the summer will be hot - very hot."

Ahad, 12 Jun 2011

LPI kekal menjadi divisyen bola sepak paling lumayan di dun

LPI kekal menjadi divisyen bola sepak paling lumayan di dunia.


Liga England mencatatkan rekod pendapatan sebanyak £2.2 bilion dalam musim 2009-10, meninggalkan jauh Bundesliga Jerman di tempat kedua dengan lebih dari £700 juta.
 
Malangnya ia hanya separuh cerita – kelab Liga Perdana Inggeris juga mencatatkan rekod kerugian £445 juta kerana satu lagi peningkatan pembayaran gaji.
 
Menurut Deloitte, kelab menghabiskan £1.4 bilion untuk gaji di musim 2009-10, naik lima peratus berbanding musim sebelumnya dan tiada pembayang ia akan menurun. Rekod 68 peratus wang diperolehi kelab terus masuk ke akaun pemain.
 
Chelsea membelanjakan £174 juta untuk gaji manakala Manchester City (£133 juta) mengatasi Manchester United (£132 juta).
 
Namun trio kelab ini juga kerugian lebih banyak wang berbanding baki pasukan lain di liga yang dihimpunkan bersama, dengan kombinasi kerugian £307 juta sebelum cukai.

Kop bersedia menyambar Clichy dengan harga £6 juta

Kop bersedia menyambar Clichy dengan harga  £6 juta.

Kenny Dalglish sedang mempertimbangkan kejutan membeli untuk pemain Arsenal, Gael Clichy.

Bek Perancis itu memiliki baki 12 bulan dalam kontrak Gunners dan rundingan kontrak barunya masih tergendala.

Bos Kop, Dalglish terdesak untuk membawa bek kiri baru dan telah mensasarkan pemain Newcastle, Jose Enrique.

Namun dia kini beralih kepada Clichy, 25, dan berharap dapat memastikannya pada harga sekitar £6 juta ketika The Londoners mungkin kehilangan pemain itu tanpa apa-apa pada akhir musim depan.

Pembelian Clichy, yang menyertai Arsenal pada harga £250,000 dari Cannes pada 2003, tentunya akan menyelesaikan masalah bek Liverpool.

Glen Johnson tidak bermain di posisi asalnya di sebelah kiri untuk waktu yang lama sepanjang musim lalu.

Kecederaan Fabio Aurelio menghalangnya dengan hanya tujuh aksi permulaan liga, sementara Paul Konchesky yang tiba dari Fulham gagal menyesuaikan di

Cesc Fabregas menanti jika Barcelona akan sekali lagi buat tawaran untuknya

Cesc Fabregas menanti jika Barcelona akan sekali lagi buat tawaran untuknya.


Cesc Fabregas bimbang perpindahan kembali impiannya ke Barcelona akan gagal buat tahun kedua berturut-turut dengan harga £50 juta yang diletakkan Arsenal.

Sumber di Sepanyol memberitahu kelab Catalans tersebut sama sekali tidak meningkatkan tawaran mereka kerana Fabregas mengharungi musim yang hambar musim lepas dan jumlah tahun dalam kontraknya di Arsenal semakin berkurangan.  “Cesc tak tahu apa yang akan berlaku ketika ini,” kata seorang rakan. 

“Dia tahu ia akan menjadi perjanjian yang amat sukar untuk dilaksanakan dan beliau tidak pasti sama ada Barcelona akan membuat tawaran.”

Walaupun Fabregas tidak pasti mengenai masa depannya, Andrey Arshavin mendedahkan pemain  Arsenal bimbang bahawa pemain Sepanyol itu telah pun meninggalkan mereka dengan hadiah perpisahan. Arshavin memberitahu Fabregas menyerahkan hadiah penutup musim kepada rakan sepasukannya dan apabila ditanya, enggan menjawab sama ada ia hadiah perpisahan.

“Hanya  Cesc harus putuskan jika beliau pergi atau tidak,” kata Arshavin.

“Perbualan serius topik ini di dalam pasukan tidak pernah dilakukan – cuma lawak jenaka seperti biasa."

“Sebelum pergi bercuti, Fabregas berikan hadiah kepada setiap pemain dan saya tanya ‘Apakah ini? Hadiah perpisahan?’. Dia tak jawab apa. Ia seperti ada sesuatu di sebalik beliau mendiamkan diri.”

Manchester United memulakan rundingan dengan wakil Samir Nasri

Nasri tamat kontrak musim hadapan dan membolehkan harganya turun serendah 8 juta.

Manchester United memulakan rundingan dengan wakil Samir Nasri ketika aktiviti mereka di awal musim panas terus mengecewakan Arsenal dan membuatkan kelab lain bersiap-sedia.

Perbincangan di Manchester hanya di peringkat awal dan ia tidak melibatkan ejen pemain Perancis tersebut, Jean-Pierre Bernes.

Pemain berusia 23 tahun itu yang cemerlang di separuh pertama musim lepas, akan tamat kontrak musm panas tahun hadapan dan akan datang dengan harga yang agak murah  –  kemungkinan serendah £8 juta.

Dengan kontrak pembelian £17 juta untuk Ashley Young bakal diselesaikan United hujung minggu ini, Nasri nampak akan menjadi salah opsyen United. Prospek Wesley Sneijder berpindah ke Old Trafford dari Internazionale kekal menjadi andaian yang ada asasnya. 

Namun  Nasri yang kecewa dengan pencapaian kelabnya musim lepas, memberitahu beliau tidak akan memenangi kejuaraan dengan terus berada di Utara London dan membenarkan perbincangan awal dijalankan.

Pemergian Nasri turut akan membuatkan Arsenal lebih berhempas-pulas untuk mempertahankan Cesc Fabregas

LIMA PEMAIN MEXICO POSITIF DADAH

Rodriguez antara digantung.


Persatuan Bolasepak Mexico mendedahkan bahawa lima pemain mereka dalam skuad Piala Emas CONCACAF telah gagal dalam ujian dadah.

Decio de Maria, setiausaha agung FA Mexico (Femexfut), memberitahu keempat-empat pemain itu diuji positif menggunakan dadah terlarang clenbuterol.

De Maria menyebut nama penjaga gol Guillermo Ochoa, pertahanan Francisco Rodriguez dan Edgar Duenas dan midfielder Antonio Naelson 'Sinha' dan Christian Bermudez.

Ochoa dan Rodriguez, kedua-duanya bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Emas Mexico, menewaskan El Salvador 5-0.

Berita ini muncul sejam sebelum perlawanan kedua peringkat kumpulan mereka menentang Cuba di Stadium Bank of America di Carolina Utara.

Lima pemain kini telah digantung tapi sebarang hukuman lanjut masih akan ditentukan oleh  Femexfut.

Johan Djourou yakin Arsenal akan "gilakan" trofi

Bek tengah Switzerland ini menyokong Wenger.

Johan Djourou yakin Arsenal akan  "gilakan" trofi apabila mereka akhirnya berjaya menamatkan pemburuan kejuaraan  – dan menegaskan Arsène Wenger kekal menjadi pengurus yang tepat untuk membawa kelab ke hadapan. 

Bek tengah Switzerland itu kekal menegaskan bahawa sebaik saja satu trofi dimenangi dan disimpan di trofi kabinet di Stadium Emirates maka lebih banyak yang akan menyusul.

"Sudah pasti anda mahukan yang lebih baik untuk Arsenal tapi saya fikir apabila penantian panjang ini berakhir, ia akan menjadi gila dan kami akan menang kesemuanya kerana kelab ini begitu banyak potensi," katanya.

"Sudah enam tahun berlalu tapi saya hanya menantikan detik itu. Saya amat kemaruk memenangi sesuatu hingga menantikan masa untuk berkata kepada mereka 'shh, sudahlah, ia berakhir dan kami dah memenanginya'."

"Malangnya saya tak boleh kata begitu ketika ini tapi tak bermakna juga saya boleh mengatakan kritikan umum adalah salah, ia terpulang pada kami untuk menunjukkan kami cukup bagus kerana kami mengenali diri kami sendiri bahawa kami cukup bagus."

Khamis, 9 Jun 2011

Arsenal mengesahkan pembelian bek Finland bawah-19, Carl Jenkinson.

Arsenal mengesahkan pembelian bek Finland bawah-19, Carl Jenkinson.


Arsenal telah menyelesaikan pembelian Carl Jenkinson dari kelab Charlton dengan bayaran yang tidak didedahkan, diyakini berada pada sekitar £2 juta.
 
Bek kanan berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun bersama The Gunners dan meluahkan kegembiraan kerana berjaya menyelesaikan impian berpindahnya.
 
"Saya harap penyokong akan fahan kenapa saya tak boleh tolak kesempatan seperti ini, namun Charlton akan selalu memiliki tempat di hati saya," kata Jenkinson.
 
"Saya akan selalu berhutang dengan Charlton bagi latihan yang telah mereka berikan pada saya sejak usia muda."
 
"Saya berterima kasih kepada akademi kelab dan semua staf kejurulatihan, saya senang kerana kedua-dua kelab berjaya mencapai kata sepakat."
 
Arsenal bersetuju membayar lebih £1 juta untuk Jenkinson, yang mana kontraknya bersama Addicks tamat musim panas ini tetapi arahan bayaran adalah kerana dia hanya berusia 19 tahun.
 
Dia dilahirkan di England oleh ibu warga Finland dan telah mewakili kedua-dua negara di peringkat remaja, menjadi kapten skuad Finland bawah-19 tahun pada awal tahun ini.

"Saya boleh memahami kenapa sesetengah pemain berasa kecewa dan berfikir untuk pergi.

Walcott akui Arsenal mesti menang trofi selepas enam tahun yang kemarau.


Theo Walcott mengakui bintang Arsenal berhasrat untuk pergi. 
 
Beliau menganggap enam tahun tanpa trofi atau kejuaraan liga telah menambahkan lagi kekecewaan mereka.
 
Penyerang England itu kini berharap pengurus Arsene Wenger akan menunaikan janjinya untuk membeli pemain bintang seperti penyerang Real Madrid, Karim Benzema dan menghalang pemergian beramai-ramai pemain utama kelab.
 
Walcott, 22, berkata: "Saya boleh memahami kenapa sesetengah pemain berasa kecewa dan berfikir untuk pergi.
 
"Mereka mahu menang sesuatu dan mereka tidak dapat melakukannya untuk selama enam tahun."

Rabu, 8 Jun 2011

Nasri: Jangan dengar khabar angin

Nasri bergerak memadamkan spekulasi tentang masa depannya.


Playmaker Perancis, Samir Nasri mengecilkan spekulasi bahawa dia bakal keluar Arsenal, memberitahu peminatnya: "Jangan dengar khabar angin."
Pemain antarabangsa Perancis itu melihat masa depannya dengan The Gunners dilemparkan ke dalam keraguan berikutan wawancara yang mana dia menolak untuk mengetepikan kemungkinan menyertai Manchester United.
United kini di pasaran untuk playmaker kreatif baru bagi musim panas ini berhubung keputusan Paul Scholes untuk menggantung kasut selepas karier berkilauannya.
Nasri adalah antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab juara 19 kali Inggeris, dan dia membuat tindakan ringkas bagi memadamkan spekulasi melalui ulasannya baru-baru ini.
Namun bekas pemain Marseille, yang turut membalas mulut kotor seorang pengikut di Twitter, kini telah bertindak meringankan kebimbangan peminat Gunners.
Nasri menulis di Twitter, "Saya hanya mahu memberitahu anda, jangan percaya (kepada) akhbar dan khabar angin. Saya akan ceritakan jika sesuatu terjadi."

Nicklas Bendtner mengesahkan beliau akan '100 peratus' meninggalkan Arsenal pada musim panas

Nicklas Bendtner jarang menyerlah bila diberikan peluang di Arsenal.


Nicklas Bendtner mengesahkan beliau akan '100 peratus' meninggalkan Arsenal pada musim panas ini selepas semakin kecewa dengan peluang yang terbatas.
 
Pemain yang mengaku sendiri sebagai 'penyerang terbaik dunia', dalam penampilan yang jarang berlaku, telah diletakkan di sayap kanan tiga penyerang selepas kehilangan tempatnya dalam pasukan kepada Marouane Chamakh dan Robin van Persie.
 
"Saya boleh berjanji bahawa tiada lagi musim seperti musim ini," kata Bendtner. "Saya telah 100 peratus memutuskan yang saya perlu tinggalkan Arsenal."
 
"Saya telah memikirkan begitu lama dan amat jelas apabila membuat keputusan saya. Saya memang tenang dan yakin bahawa saya akan okay di kelab baru."
 
Bendtner menyertai Arsenal semasa berusia 16 tahun pada tahun 2004 dan meskipun cemerlang dalam beberapa perlawanan, beliau pada keseluruhannya gagal memenuhi harapan yang diletakkan kelab terhadap dirinya.
 
Beberapa kelab ternama Eropah dikatakan berminat dengan penyerang Denmark ini dan ia diketuai oleh tiga kelab Serie A, Juventus, Milan dan Lazio yang sedia mengemukakan tawaran. Bayern Munich dan Sevilla juga sedang memerhatikannya.
 
Arsenal berharap dapat memperolehi jumlah jualan yang bagus untuk pemain berusia 23 tahun ini dengan bapa pemain ini yang bertindak sebagai ejen, mengandaikan anaknya bernilai £12 juta.

Cruyff mahu Fabregas di Nou Camp.

Cruyff mahu Fabregas di Nou Camp.


Legenda Nou Camp, Johan Cruyff menegaskan Barcelona harus menandatangani Cesc Fabregas supaya mereka boleh menjadi lebih baik. 
 
Bekas pemain dan jurulatih Barca, Cruyff berkeras bahawa kelab  pemenang Liga Juara-juara itu perlu menambah kekuatan secara mendalam. 
 
Arsene Wenger kini sedang terdesak mahu kekalkan Fabregas di Arsenal. 
 
Namun Cruyff yakin pembelian bintang Arsenal, 24, akan bererti bintang midfielder Sergio Busquets, Andres Iniesta dan Xavi boleh disimpan lebih segar sepanjang musim. 
 
Striker Belanda, 64, berkata, "Jika Cesc sertai Barca, maka akan ada empat pemain untuk tiga tempat, yang bermakna semua mereka boleh berkongsi banyak permainan. "
 
"Akan hadir tahap pada musim apabila semuanya dipertaruhkan, pasukan ini akan kehabisan tenaga." 
 
"Sebaik pemain Barca, mereka hebat. Ada saatnya di mana mereka telah bermain terlalu banyak." 
 
"Anda perlu pemain bukan hanya untuk menguatkan persaingan tetapi juga untuk memindahkan hal sekitar tanpa mengganggu rentak pasukan."

Gallas mengatakan Arsene Wenger membuat kesalahan besar dengan membiarkan dia pergi musim panas lalu.

Gallas mengatakan Arsene Wenger membuat kesalahan besar dengan membiarkan dia pergi musim panas lalu.


William Gallas menyatakan dia terdorong menyertai Tottenham adalah untuk membuktikan bos Arsenal, Arsene Wenger salah kerana mendakwa bahawa dia telah 'selesai'. 
 
Gallas, yang memperoleh kontrak baru dua tahun di White Hart Lane pada bulan Mac, menyatakan Wenger melakukan kesalahan besar dengan tidak menawarkan dia lebih wang untuk kekal setelah kontraknya tamat. 
 
"Adakah Arsene Wenger membuat kesalahan kerana tak mengekalkan saya? Dia membuat pilihan, namun benar, saya yakin dia membuat kesalahan," kata Gallas. 
 
"Semasa di jalanan, peminat Arsenal bertanya kenapa saya pergi. Jurulatih fikir saya karier saya sudah selesai. Saya buktikan sebaliknya. Pada usia 33 tahun, saya bermain 36 perlawanan di peringkat tertinggi. Saya berjaya melalui musim yang besar. Saya 'terlalu tua untuk ini, untuk itu' dan saya membuktikan hal ini tidak berlaku." 
 
Gallas menambah, "Pada waktu itu, kebanggaan saya dikecam. Saya mahu membuktikan bahawa saya belum selesai dan Spurs telah berikan saya kesempatan itu."

Selasa, 7 Jun 2011

Arsene Wenger telah membatalkan cuti musim panasnya untuk menetapkan pelan rombakan skuad Arsenal

Tiga pemain kunci dalam perjalanan keluar.


Arsene Wenger telah membatalkan cuti musim panasnya untuk menetapkan pelan rombakan skuad Arsenal. 
 
Tiga pemain kunci skuad utama mereka akan berada di jalan keluar dalam waktu terdekat. 
 
Kos yuran terbesar akan dijana oleh pemergian Cesc Fabregas. 
 
Kapten Gunners berusia 24 tahun telah diburu oleh Barcelona setahun yang lalu, namun Wenger memujuk bintang midfielder itu untuk kekal. 
 
Namun jika juara Eropah yang baru datang dengan tawaran sekitar £40 juta, Arsenal tentunya akan sukar untuk menolak. 
 
Superstar seterusnya yang sedang menuju pintu keluar Emirates adalah Samir Nasri. 
 
Rundingan kontrak baru midfielder itu kekal dalam kebuntuan. Dia memiliki baki setahun dalam kontraknya dan Arsenal masih tidak dapat berbuat apa-apa, yang bermakna bintang Perancis tersebut akan layak untuk pergi selaku ejen bebas kelak. 
 
Arsenal lebih memilih untuk menjual Nasri kepada Real Madrid jika dia menolak tawaran mereka, berbanding melihatnya pergi kepada saingan terdekat iaitu skuad City. 
 
Andrey Arshavin juga dikatakan akan pergi. Striker Rusia itu menyertai Arsenal dengan nilai £15 juta dari kelab Zenit St Petersburg dua tahun lalu dan diturunkan secara regular untuk Arsenal musim lalu. 
 
Pemergian trio tersebut akan memberikan Wenger lebih £50 juta untuk membeli pemain baru. Dan warga Perancis itu menjelaskan bahawa keinginan untuk membina semula pasukannya memberi kesan kepada keputusan bagi menangguhkan percutian musim panasnya

Kami perlu menjadi lebih baik, lebih kuat, dan benar-benar bersedia dengan baik untuk musim depan

Djourou menyambut baik persaingan di dalam skuad.


Bek Arsenal, Johan Djourou mengakui begitu mahu meningkatkan prestasinya musim depan untuk membuat peminat The Gunners bangga. 
 
Pemain antarabangsa Switzerland berkata, "Itu sukar kerana kami bermain untuk begitu banyak piala pada masa yang sama dan kami begitu hampir untuk mendapatkan satu." 
 
"Kami perlu menjadi lebih baik, lebih kuat, dan benar-benar bersedia dengan baik untuk musim depan." 
 
Arsene Wenger telah dikritik oleh beberapa peminat kerana tetap dengan strateginya mengasuh pemain muda daripada membeli pemain baru. Namun setelah semusim ketandusan, musim panas ini boleh menyaksikan perubahan taktik. 
 
Djourou yang kekal bersemangat dengan setiap sasaran berpotensi menyambut baik kemungkinan persaingan yang meningkat untuk tempat. 
 
"Saya tak tahu, itu hanya boleh dijawab oleh pengurus," tambahnya. "Saya fikir persaingan selalu baik. Itu mendorong anda dalam kedudukan anda." 
 
"Bagi menjadikan pasukan lebih baik, anda perlu mempunyai skuad yang baik. Saya fikir kami mempunyai skuad yang baik tetapi jika pemain dengan pengalaman atau kualiti berbeza boleh membawa perubahan, mereka sangat dialu-alukan."

Samir Nasri telah membuka jalan perpindahan ke musuh utama Arsenal, Manchester United

Nasri masih belum beri kata putus tentang kontrak baru.


Samir Nasri telah membuka jalan perpindahan ke musuh utama Arsenal, Manchester United.
 
Midfielder ini mahu tahu jika beliau berada dalam senarai pembelian pasukan juara liga tersebut.
 
Beliau berkata: "Saya tak tahu jika saya akan menandatangani kontrak baru dengan Arsenal."
 
"Perbincangan sedang dilangsungkan dan kami akan berbincang mengenainya minggu ini. Adakah saya mahu ke United? Terlebih dahulu kami perlu lihat jika ia benar."
 
Nasri, 23, memiliki harga £25 juta dan berada di tahun terakhir kontraknya di Arsenal.
 
Namun pengurus Arsene Wenger menegaskan: "Apa yang pasti kami takkan jual Nasri ke Manchester United."

Bojan adalah pemain sasaran Liverpool dan Arsenal


Bojan adalah pemain sasaran Liverpool dan Arsenal.

Liverpool dan Arsenal saling berhubung dengan Barcelona untuk penyerang lebihan mereka, Bojan Krkic.
 
Pemain berusia 20 tahun itu ingin meninggalkan juara Eropah tersebut selepas semusim yang mengecewakan kerana berterusan menjadi pemain gantian.
 
Liverpool mempertimbangkan tawaran £17 juta dan mungkin cuba melakukan pembelian berganda melibatkan rakan sepasukan Bojan, Jeffren, seorang lagi penyerang yang semakin tersisih dari pilihan pengurus Barcelona, Pep Guardiola selepas pengurus tersebut memuktamadkan perjanjian pembelian Giuseppe Rossi dari Villarreal.
 
Arsenal juga dilaporkan berminat dengan bekas midfielder Birmingham dan ejen bebas, Sebastian Larsson, 25. Blackburn, Sunderland dan Newcastle dilaporkan turut mengemukakan tawaran.

Isnin, 6 Jun 2011

Arsenal buat kejutan cuba pancing bintang Brum

Arsenal buat kejutan cuba pancing bintang Brum


Bos Arsenal, Arsene Wenger sedang membuat kejutan memancing Sebastian Larsson, yang telah dilepaskan secara percuma oleh Birmingham.
 
Midfielder Sweden, Larsson keluar dari Arsenal untuk menyertai Brum pada 2007 – selepas tempoh pinjaman berjaya di St Andrews – namun Wenger kini mahukannya kembali sebagai seorang pemain skuad.
 
Sunderland, Newcastle dan Blackburn semuanya telah membuat tawaran, dengan Wearsiders yakin mereka telah mengesahkan perjanjian.
 
Namun kini Wenger telah menyertai pemburuan dan Larsson, 25, harus memilih samada dia mahu menjadi pemain simpanan di Emirates atau pemain kesebelasan utama di kelab lain.

Nasri enggan komited dengan Arsenal

Arsenal


Samir Nasri merancang keluar Arsenal?

Samir Nasri telah mendedahkan dia tidak mungkin menandatangani kontrak baru dengan Arsenal dalam sebuah wawancara bersama televisyen Perancis.
 
Nasri yang akan berusia 24 tahun akhir bulan ini, akan tamat kontrak pada akhir musim depan dan Arsenal bakal tiada pilihan selain menjualnya sebelum akhir Ogos atau dia akan meninggalkan kelab selaku ejen bebas.
 
Midfielder Perancis itu dikaitkan dengan perpindahan Manchester United bulan lalu, dan pemain enggan memberitahu tentang perpindahan ke salah satu rival Arsenal di Liga Perdana.
 
Nasri berkata, "Saya tak tahu adakah saya akan menandatangani kontrak baru. Apapun, rundingan sedang berlangsung. Untuk saat ini, saya tak fikirkan tentang hal ini. Kami akan berbicara tentang hal itu selepas perlawanan dengan Poland."
 
"Adakah saya mahu ke Man United? Pertama, kita harus melihat adakah itu benar dan konkrit."
 
Nasri adalah antara pemain bintang pada separuh pertama musim lalu. Namun, seperti banyak pemain Arsenal, menderita penurunan prestasi menjelang akhir kempen.

Sabtu, 4 Jun 2011

Jack Wilshere tinggalkan perbincangan untuk perpindahan

'Hanya kelab ini di hatiku'


Oleh wartawan Sportsmail

Jack Wilshere telah mengecam sebarang cadangan untuk membolehkan dia meninggalkan Arsenal.

Pemain tengah skuad the Gunners itu telah dikaitkan pada minggu ini dengan satu pertukaran dengan bayaran £40million ke Manchester City, setelah menikmati satu kempen yang amat meningkat dalam kerjayanya bersama kelab dan negara.



Tetapi pada malam Selasa lepas, pemain berumur 19 tahun itu telah menghantar gambar dirinya sendiri di Twitter dalam keadaan mencium logo Arsenal dalam sambutan gol semasa dia membuat jaringan menentang Aston Villa.

Dengan gambar tersebut, dia menulis: 'Ramai bertanya samada saya akan berhijrah ke City? Saya tidak mencium lencana Arsenal untuk meninggalkannya. Kelab ini dalam hati saya!'

Wilshere, yang telah berada di Arsenal sejak berusia sembilan tahun, telah membuat 42 kemunculan untuk Arsenal pada musim ini walaupun dia hanya memulakan kerjayanya dalam Liga Perdana setelah dipinjamkan ke Bolton pada separuh musim lepas.

Sikap beraninya dalam bilik persalinan kelab merupakan salah satu perkara yang konsisten dalam musim ini, dan sepanjang ketiadaan Cesc Fabregas yang terlibat dalam kecederaan, Wilshere telah bermain dengan di Arsenal. 

Dia telah melakukan kemunculan antarabangsanya pada bulan Ogos dan berpeluang untuk beraksi  pertama kali dalam skuad England Capello semasa menentang Denmark pada Februari.

Pada awal bulan ini, Wilshere telah disenaraikan dalam calon 'PFA Young Player of the Year' (Pemain muda PFA tahun ini)

Sasaran Arsenal Bojan Krkic tolak dakwaan keluar Barcelona

Laporan sebelum ini telah menyatakan penyerang muda ini akan keluar dari Camp Nou, tetapi dia menolak dengan berkata bahawa dia tidak berminat untuk meninggalkan johan Liga Juara-juara ini pada musim panas nanti.

Oleh Stefan Coerts 

Bojan Krkic, Barcelona telah mentertawakan khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan keluar dari pasukan johan Liga Juara-juara pada musim panas ini.

Laporan baru-baru ini dari Sepanyol telah menyebut bahawa Barca mungkin akan memasukkan pemain antarabangsa Spanyol bawah 21 tahun dalam satu perjanjian untuk mendapatkan penyerang Villarreal Giuseppe Rossi, tetapi Bojan menolak dakwaan itu dan dia bercadang untuk terus berada di Camp Nou dan akan bersaing untuk mendapatkan tempatnya dalam pasukan.

"Saya hanya boleh ketawa mengenangkan khabar-khabar angin ini. Ini merupakan bolasepak, banyak perkara boleh berubah dengan pantas. Biar saya jelaskan semuanya: Saya tidak akan digunakan sebagai pertukaran untuk memudahkan pemindahan orang lain," kata Bojan kepada El Mundo Deportivo.

"Dan ia bukan sahaja hanya kerana saya mengatakan sedemikian, tetapi juga kerana itu juga yang kelab rasakan tentangnya. Ia merupakan matlamat saya untuk terus tinggal di Barcelona buat sekian lama dan mendapat kejayaan di sini. Saya merupakan pemain yang sangat muda dan masih banyak lagi untuk dibuktikan."

Pemain penyerang ini juga telah dikaitkan dengan satu langkah perpindahan ke Arsenal, kemudian memberi respons terhadap khabar-khabar angin menghubungkan Barcelona dengan sebuah perpindahan untuk Rossi, dan menyatakan bahawa pemain antarabangsa Itali itu mempunyai keupayaan untuk menyerlah dalam pasukan gergasi Catalan.

Katanya: "Dia seorang penyerang yang sangat lengkap dan telah pun mencatat gol yang banyak untuk Villarreal. Saya rasa bahawa dia [mempunyai] kualiti bermain untuk Barcelona."

Arsenal 'letak harga £54m pada Cesc Fabregas

Itulah harga yang Real Madrid perlu bayar jika mereka mahu melihat Fabregas dengan sarungan jersi seperti ini.


Oleh Bill Mann

Arsenal telah memberitahu Real Madrid bahawa mereka boleh mendapatkan kapten Arsenal, Cesc Fabregas – untuk £54m.. Berita menggemparkan ini diperolehi dari the Sun, yang mengatakan bahawa pengarah Real Madrid, Jose Angel Sanchez telah berhubung dengan the Gunners pada tempahan eksplisit presiden Florentino Perez.



Menurut satu sumber dari Real Madrid: "Perez telah mengenal pasti Fabregas sebagai satu perjanjian utama untuk melukakan Barcelona. Dia percaya perjanjian ke atas Fabregas akan menjadi satu kenyataan untuk musim akan datang. Dia akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk meletakkan kelab ini kembali mendahului Barca."

Sebelum ini Arsenal telah memaklumkan Real bahawa mereka tidak akan menjual Fabregas kepada mana-manai kelab Liga Perdana Inggeris dan mahupun melepaskkannya ke Barcelona untuk £30m, iaitu jumlah tawaran oleh kelab Catalan itu. Maka dengan ini persiapan Perez bukan sahaja kata-kata gurauan, pemain tengah berumur 24 tahun ini berkemungkinan besar boleh berada di Bernabeu tidak lama lagi.

Daily Mail mendakwa bahawa Arsenal bakal membuat tawaran untuk penyerang West Bromwich, Peter Odemwingie. Pemain Nigeria tersebut telah menjaringkan gol untuk skuad the Baggies ini dalam kekalahan 3-2 mereka kepada Arsenal pada musim lepas di Emirates, dan menurut Mail Arsene Wenger menggemari pemain berusia 29 tahun itu dan akan menawarkan WBA £4m untuk khidmatnya.

Ayah Alex Oxlade Chamberlain telah meminta agar Arsenal menandatangani anak lelakinya. Bekas pemain sayap England, Mark Chamberlain memberitahu Daily Telegraph bahawa penyerang Southampton berusia 17 tahun itu sedang diintai oleh beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, dan diantara kelab-kelab tersebut adalah Liverpool dan Manchester United, tetapi mereka mahukan perjanjian bersama Arsenal.

"Dengan mempertimbangkan kemajuannya pada peringkat awal musim....dia telah membuat perubahan yang ketara," kata Chamberlain. "Membangun di sesebuah tempat seperti di Arsenal ia tidak mungkin sesuatu perkara yang buruk. Di mata saya, saya mahu dia pergi ke sana secepat mungkin dan meneruskan pembangunan dirinya."

The Gunners telah dikaitkan dengan perpindahan £10m untuk Oxlade-Chamberlain pada Januari. Walaupun rancangan itu gagal untuk menjadikannya kenyataan, Wenger dipercayai telah bersedia untuk menjadikan satu lagi tawaran untuk membawa masuk remaja tersebut.

Sementara itu Wenger telah meminta Jack Wilshere melakukan beberapa kerja bagi pihak kelab, dengan pemain tengah berumur 19 tahun diminta menggunakan hubungannya di England untuk cuba dan memujuk bek tengah Bolton, Gary Cahill untuk berpindah  ke Emirates.

Kedua-dua pemain ini akan melakukan tugasan antarabangsa esok pada kelayakkan Euro 2012 dengan pertembungan menentang Switzerland dan Wilshere telash menggunakan akaun Twitternya dengan menyingkap: "Bit of golf with big Gaz Cahill... trying to convince him to join me at Arsenal haha."

Provokasi tersebut telah memberi satu reaksi pantas dari rakan sepasukan Cahill di Bolton yang mana pemain tengah Stuart Holden telah melakukan tweeting terhadap Wilshere dengan menyebut "jangan sentuh" Cahill. Wenger merupakan seorang penggemar Cahill dan telah dikaitkan dengan perpindahan £17.5m untuk pemain berumur 26 tahun tersebut.

Manchester City telah mengakui kalah dalam pencarian mereka untuk menandatangani Alexis Sanchez dan akan sebaliknya menyerbu Napoli. Metro melaporkan bahawa jurulatih the Citizens, Attilio Lombardo telah berkata bahawa mereka telah mengaku kalah dalam percubaan untuk menandatangani penyerang Chile dari Serie A dari pasukan Udinese, tetapi sebaliknya membuat perancangan untuk tawaran kepada trio Napoli iaitu Edinson Cavani, Ezequiel Lavezzi dan Marek Hamsik.

Dalam satu temubual dengan penyiar Itali iaitu Radio CRC, Lombardo berkata: "Napoli mempunyai beberapa pemain yang handal dan kerana itu kami terus melakukan pemburuan. Saya berharap agar berlaku urus niaga yang baik antara Napoli dan Manchester kerana saya boleh melihat satu atau tiga daripada pemain-pemain mereka di kelab kami."

Walaupun Lombardo tidak menentukan pemain-pemain mana yang diperkatakannya, akhbar-akhbar Itali melaporkan bahawa pemain-pemain yang menjadi buruan tersebut adalah Cavani, Lavezzi and Hamsik yang berada dalam rancangan City.

Masih dengan City, mereka dikatakan bersedia untuk menyaingi Chelsea dalam sebarang tawaran untuk Javier Pastore, playmaker dalam pasukan Palermo yang sedang membuat kejutan pada musim lepas dalam Serie A. Berusia 21 tahun dan didatangkan dengan harga £44m yang mana jumlah yang mengejutkan, telah menyebabkan Juventus dan Inter Milan melepaskan perlumbaan untuk mendapatkan pemain Argentina tersebut.

Chelsea masih berminat, bagaimanapun City turut tidak melepaskan peluang untuk memberi saingan. Bercakap kepada wartawan-wartawan di Itali, presiden Palermo, Maurizio Zamparini berkata: "Kami mempunyai satu tawaran besar dari Chelsea untuk Pastore tetapi ia tidak mencapai angka minimum yang kami rancangkan untuk seorang pemain kualiti sepertinya. Jika sebuah kelab mahu memiliki Pastore, harganya adalah £44m."

Dia bertindak untuk menyebut bahawa terdapat lima kelab-kelab lagi yang sedang memburu pemain tersebut termasuk City dan sebuah kelab besar dari Sepanyol.

Selasa, 31 Mei 2011

ARSENAL HARUS LEBIH GANAS MUSIM DEPAN




Jack Wilshere mahu Arsenal jadi lebih ganas untuk tamatkan kemarau trofi.

Jack Wilshere berkata Arsenal harus bertukar 'ganas' jika mereka ingin mengelak satu lagi musim malapetaka tanpa trofi.
 
Jack Wilshere, 19, percaya Arsenal perlu menjadi lebih agresif, malah harus mula mempengaruhi pengadil jika mereka mahu akhirnya menamatkan tempoh kemarau enam tahun.
 
Wilshere berkata: "Kami harus tunjukkan lebih kuasa, ambil kawalan, tak terlalu lembut dan naif. Arsenal harus jadi lebih agresif sebagai sebuah pasukan, lebih ganas.
 
"Kami lihat pasukan lain seperti Manchester United kerumun pengadil dan pengaruhi keputusan.
 
"Kami harus jadi lebih prihatin."
 
Midfielder itu menambah: "Arsenal harus bersatu sebagai sebuah pasukan dalam apa jua benda yang kami lakukan.
 
"Perlu mengadu. Tak guna hanya Robin van Persie satu-satunya pemain yang pergi ke pengadil. Kami semua harus pergi bersamanya.
 
"United yang paling bagus tentang hal itu. Kami sangat naif. Beberapa pemain Arsenal harus akuinya.

Khamis, 19 Mei 2011

skuad Wenger gagal.


Sekali lagi ... skuad Wenger gagal.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menerima peminat Arsenal berhak melampiaskan kekecewaan mereka selepas menamatkan musim dengan aksi terakhir skuad di tempat sendiri dengan ejekan di sekitar Stadium Emirates selepas tewas 2-1 kepada Aston Villa. 

The Gunners kini dalam bahaya nyata menyaksikan juara Piala FA, Manchester City yang dua mata di belakang dengan perlawanan di tangan, mengejar mereka dalam perlumbaan untuk layak automatik ke Liga Juara-juara setelah kekalahan ketiga dalam empat aksi pada akhir kempen yang hanya menjanjikan satu lagi kegagalan. 

Sementara bos Arsenal tidak diragui lagi menyalahkan keputusan pengadil Michael Oliver bagi pemberian penalti babak pertama dan menafikan tandukan jarak dekat pemain gantian, Marouane Chamakh sebelum Robin van Persie memberi hasil lewat. Ejekan yang terdengar di sekitar stadium menghantar mesej yang jelas. 

Lagipun, ribuan peminat Arsenal sudah menuju pintu keluar di hadapan tempat bagi memberi penghargaan kepada skuad. 

Wenger berkata, "Itu adalah tugas kami untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat dan anda tak perlu malu apabila anda melakukan peranan anda."

"Tentu saja itu bukan lawatan kejayaan tetapi saya fikir, tidak kira apa yang berlaku, anda perlu hormati peminat anda kerana sentiasa hadir sepanjang musim."

Impian Gary Cahil berpindah ke The Emirates


Impian berpindah ke The Emirates.

Gary Cahill sedang berharap agar dapat memastikan impiannya berpindah ke Arsenal musim panas ini tercapai. 
 
Bek tengah Bolton, 25, merupakan antara bek terhebat Liga Perdana sejak tiba dari Aston Villa dengan nilai £5 juta pada Januari 2008. 
 
The Gunners memerhatikannya sepanjang musim dengan harapan menguatkan barisan bek yang lemah selepas satu lagi musim tanpa trofi dan Cahill, yang sudah tiga kali membuat penampilan skuad England, kini menyatakan kepada sahabatnya yang dia optimis tentang memastikan perpindahan musim panas ke The Emirates. 
 
Itu bererti bos Arsenal, Arsene Wenger akhirnya membuka buku cek kelab bagi pembelian utama, ketika Cahill dinilai pada harga £15 juta. 
 
Arsenal lemah di pertahanan tengah musim ini akibat kecederaan jangka masa panjang Thomas Vermaelen. 
 
Namun, Wenger masih bakal menghadapi persaingan untuk Cahill. 
 
Manchester United juga turut menunjukkan minat kepada Cahill, yang memulakan aksi penuh antarabangsa pertamanya melawan Ghana pada bulan Mac