Catatan Popular

Jumaat, 13 Mei 2011

Thomas Vermaelen sudah bersedia bertemu Aston Villa

 Thomas Vermaelen bersiap sedia untuk beraksi pada perlawanan menentang Aston Villa hujung minggu ini selepas Laurent Koscielny mengalami kecederaan semasa Arsenal tewas kepada Stoke City minggu lepas.. Arsene Wenger masih ragu-ragu untuk menurunkan Vermaelen namun jelas sekali beliau tidak mempunyai sebarang pilihan selain mengandingkan Verminator dengan Johan Djourou ahad ini..

Namun keraguan menyelubungi kem Arsenal selepas Samir Nasri dan Cesc Fabregas memerlukan ujian kecergasan minit-minit akhir sebelum Wenger akan menyenaraikan mereka berdua di dalam pasukan selepas masing-masing mengalami kecederaan yang hampir sama.. Tomas Rosicky dan Abou Diaby pula disahkan akan terlepas perlawanan menentang Villa..

Sementara itu Gael Clichy dijangka akan kembali beraksi di posisi bek kiri Arsenal selepas pulih dari kecederaan.. Berita lain selain injury news ialah Arsene Wenger telah mendedahkan beliau akan aktif pada musim perpindahan kali ini selepas mengakui beliau akan mengukuhkan lagi pasukan selepas menyaksikan pasukannya melanjutkan kemarau trofi kejuaraan kepada 6 musim..

So itu berita baik bukan?? Harapnya kali ini Wenger mengotakan janjinya selepas Wenger memberitahu fans Arsenal yang Gooners cukup mengkagumkan sepanjang musim ini dan Wenger harap Gooners semuanya akan terus berada di dalam pasukan dan bangga dengan pasukan dan Wenger juga memberitahu fans Arsenal perlu terus mempercayai pemain-pemain Arsenal sekarang ini..

Sementara itu Paul Merson baru-baru ini mendedahkan yang semasa tempohnya di Highbury, Arsenal telah memberikan beliau sesuatu dan disuntik oleh 'yellowy product' semasa berkhidmat dengan Arsenal sehingga ada ura-ura memberitahu yang Wenger dan Arsenal terbabit dengan perkara yang melanggar peraturan..

Wenger pantas membalas pertanyaan ini dengan menegaskan Arsenal sama sekali tidak terlibat dengan barang-barang terlarang dan menjelaskan setiap tahun sebanyak 20 kali doping control dilakukan Arsenal untuk memastikan pemain-pemainnya bebas dari sebarang barang terlarang da nsetakat ini tiada seorang pemain Arsenal yang disahkan positif..

Wenger turut menegaskan yang staf perubatan Arsenal hanya memberikan vitamin c, multivitamins, magnesium ataupun calsium kepada pemain-pemainnya.. Dan Wenger turut memberitahu beliau tidak pernah memaksa mana-mana pemainnya mengambilnya jika mereka tidak mahu mengambilnya..

Wenger dengan lantangnya memberitahu yang jika benarlah kenyataan ini tunjukkan buktinya.. Dan Wenger juga memberitahu jika mereka jumpa seorang pemain yang mengakui yang Wenger memaksanya disuntik untuk bermain satu perlawanan tidak kiralah berapa besar pun perlawanan tersebut, beliau akan meletak jawatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan