Catatan Popular

Jumaat, 6 Mei 2011

KELAHIRAN BARU BAGI SAYA


Ramsey beri dimensi tambahan diperlukan buat pilihan barisan tengah Wenger.

Midfielder Arsenal, Aaron Ramsey mendedikasikan gol kemenangannya ke atas Manchester United kepada semua orang yang membantunya kembali ke atas padang selepas mengalami patah kaki teruk – dan berazam menebus kembali masa yang terbuang musim depan.
 
Kapten Wales berusia 20 tahun itu menghabiskan sembilan bulan pemulihan selepas mengalami patah kaki tulang berganda akibat dibentes oleh pemain Stoke, Ryan Shawcross, dan dipinjamkan ke bekas kelab, Cardiff City dan Nottingham Forest bagi membantu membina tahap kecergasannya.
 
Perlawanan menentang United merupakan hanya yang kedua buatnya untuk Arsenal dalam Liga Perdana Barclays sejak permulaan musim selepas kapten, Cesc Fabregas telah diketepikan akibat kecederaan peha, namun pemain muda itu, yang dibeli dari Cardiff dalam perjanjian bernilai £5 juta pada Jun 2008, memberi persembahan tenang yang sempurna dan menjadi lengkap apabila dia menjaringkan gol kemenangan sembilan minit selepas babak kedua bermula.
 
Ramsey kini berharap, dengan mimpi ngerinya sudahpun berlalu, musim depan akan menjadi kempen penting buatnya.
 
"Jaringkan gol itu merupakan saat istimewa buat saya. Amat berbaloi menunggu dan terlalu ramai orang dah bantu saya lalui tempoh sukar yang saya alami," kata Ramsey.
 
"Selepas semua baki perlawanan ini, harap-harap saya boleh kembali dan nikmati pra-musim yang baik, dan usaha semula tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan