Catatan Popular

Jumaat, 6 Mei 2011

bukan hanya membeli nama2 besar untuk bermain bola sepak


Johan Djourou sokong pembangunan skuad.

Bek Arsenal, Johan Djourou merasa bahawa lebih penting untuk membangunkan skuad daripada membeli nama yang terkenal dalam pemburuan trofi kejayaan.
 
"Tentu saja anda boleh menambah pemain jika anda mahu, tapi hal yang paling penting adalah memastikan pemain yang dimiliki berkembang dengan baik bersama-sama," kata Djourou.
 
Pemain berusia 24 tahun itu menggunakan contoh The Gunners yang memenangi liga tahun 2004 bagi menyokong dakwaan bahawa kelab tidak perlu keluar membeli bintang bernama besar.
 
"Saya selalu melihat 'The Invincibles'. Kadang-kadang orang lupa, mereka menyatakan kami tak menang apa-apa dan perlu membeli pemain nama besar, namun ketika bos dapatkan Thierry Henry, Patrick Vieira dan Freddie Ljungberg, orang bertanya 'Siapa mereka?'."
 
"Orang-orang bertanya dan lihatlah apa yang terjadi."
 
"Kritikan yang diterima biasanya tak adil dan itu adalah contoh yang bagus bagi menunjukkannya kerana pemain-pemain tersebut telah menjadi legenda."
 
"Bola sepak bukan tentang hanya membeli pemain dengan nama-nama besar bagi membawa kejayaan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan