Arsenal mengesahkan mereka bakal menaikkan harga tiket dengan jumlah 6.5 peratus bermula awal musim depan.
Tiket bermusim termurah di Stadium Emirates ketika ini bernilai £893, namun akan menjadi £951. Sementara tiket paling mahal yang kini bernilai £1944 semusim akan naik kepada £1825.
CEO Arsenal, Ivan Gazidis menyedari bahawa peningkatan ini sesuatu yang sukar untuk mereka bagi beberapa tempoh waktu.
Gazidis berkata, "Kami berfikir tentang kenaikan dengan sangat berhati-hati, ini merupakan kali pertama dalam tiga musim.
"Kami faham para peminat menghadapi kenaikan kos dalam macam-macam bidang kehidupan mereka dan kelab mereka juga menghadapi masalah yang sama."
"Kami telah bertindak secara bertanggungjawab selama bertahun-tahun bagi mengimbangi kesannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan