Catatan Popular

Selasa, 31 Mei 2011

ARSENAL HARUS LEBIH GANAS MUSIM DEPAN




Jack Wilshere mahu Arsenal jadi lebih ganas untuk tamatkan kemarau trofi.

Jack Wilshere berkata Arsenal harus bertukar 'ganas' jika mereka ingin mengelak satu lagi musim malapetaka tanpa trofi.
 
Jack Wilshere, 19, percaya Arsenal perlu menjadi lebih agresif, malah harus mula mempengaruhi pengadil jika mereka mahu akhirnya menamatkan tempoh kemarau enam tahun.
 
Wilshere berkata: "Kami harus tunjukkan lebih kuasa, ambil kawalan, tak terlalu lembut dan naif. Arsenal harus jadi lebih agresif sebagai sebuah pasukan, lebih ganas.
 
"Kami lihat pasukan lain seperti Manchester United kerumun pengadil dan pengaruhi keputusan.
 
"Kami harus jadi lebih prihatin."
 
Midfielder itu menambah: "Arsenal harus bersatu sebagai sebuah pasukan dalam apa jua benda yang kami lakukan.
 
"Perlu mengadu. Tak guna hanya Robin van Persie satu-satunya pemain yang pergi ke pengadil. Kami semua harus pergi bersamanya.
 
"United yang paling bagus tentang hal itu. Kami sangat naif. Beberapa pemain Arsenal harus akuinya.

Khamis, 19 Mei 2011

skuad Wenger gagal.


Sekali lagi ... skuad Wenger gagal.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menerima peminat Arsenal berhak melampiaskan kekecewaan mereka selepas menamatkan musim dengan aksi terakhir skuad di tempat sendiri dengan ejekan di sekitar Stadium Emirates selepas tewas 2-1 kepada Aston Villa. 

The Gunners kini dalam bahaya nyata menyaksikan juara Piala FA, Manchester City yang dua mata di belakang dengan perlawanan di tangan, mengejar mereka dalam perlumbaan untuk layak automatik ke Liga Juara-juara setelah kekalahan ketiga dalam empat aksi pada akhir kempen yang hanya menjanjikan satu lagi kegagalan. 

Sementara bos Arsenal tidak diragui lagi menyalahkan keputusan pengadil Michael Oliver bagi pemberian penalti babak pertama dan menafikan tandukan jarak dekat pemain gantian, Marouane Chamakh sebelum Robin van Persie memberi hasil lewat. Ejekan yang terdengar di sekitar stadium menghantar mesej yang jelas. 

Lagipun, ribuan peminat Arsenal sudah menuju pintu keluar di hadapan tempat bagi memberi penghargaan kepada skuad. 

Wenger berkata, "Itu adalah tugas kami untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat dan anda tak perlu malu apabila anda melakukan peranan anda."

"Tentu saja itu bukan lawatan kejayaan tetapi saya fikir, tidak kira apa yang berlaku, anda perlu hormati peminat anda kerana sentiasa hadir sepanjang musim."

Impian Gary Cahil berpindah ke The Emirates


Impian berpindah ke The Emirates.

Gary Cahill sedang berharap agar dapat memastikan impiannya berpindah ke Arsenal musim panas ini tercapai. 
 
Bek tengah Bolton, 25, merupakan antara bek terhebat Liga Perdana sejak tiba dari Aston Villa dengan nilai £5 juta pada Januari 2008. 
 
The Gunners memerhatikannya sepanjang musim dengan harapan menguatkan barisan bek yang lemah selepas satu lagi musim tanpa trofi dan Cahill, yang sudah tiga kali membuat penampilan skuad England, kini menyatakan kepada sahabatnya yang dia optimis tentang memastikan perpindahan musim panas ke The Emirates. 
 
Itu bererti bos Arsenal, Arsene Wenger akhirnya membuka buku cek kelab bagi pembelian utama, ketika Cahill dinilai pada harga £15 juta. 
 
Arsenal lemah di pertahanan tengah musim ini akibat kecederaan jangka masa panjang Thomas Vermaelen. 
 
Namun, Wenger masih bakal menghadapi persaingan untuk Cahill. 
 
Manchester United juga turut menunjukkan minat kepada Cahill, yang memulakan aksi penuh antarabangsa pertamanya melawan Ghana pada bulan Mac

Cesc Fabregas tidak akan dijual





Cesc Fabregas yang telah pun tamatnya musim ini akan kembali semula musim depan selepas Arsene Wenger menegaskan yang beliau akan mengekalkan Cesc Fabregas di Arsenal sekali lagi.. Berikut adalah kenyataan Wenger.. "That's a question I've heard already a few times in a press conference and I expect him to be here [next season].."

"I will fight very hard to keep him here.. You have always to fight when you have a player of that quality, you must always fight to keep your players, of course.. What guarantees you that if you go somewhere else you will win trophies?.. The biggest pride for a captain is to be committed to his club and deliver trophies with his team.."

"A player who changes his club every time he is frustrated or when he doesn’t win a trophy, goes nowhere.. I believe the quality of sports life is to be committed to your club and not just to move out when it does not go as well as you expected.. Cesc Fabregas played 22 games this season out of 38 and we expect him to play between 30 and 38. That will make a huge difference to our efficiency [next season] as well.."

Jadi segala rumor yang Wenger bersedia melepaskan Fabregas musim panas ini adalah tidak benar sama sekali.. Sementara itu pemain buruan Zenit St. Petersburg, Andrei Arshavin dijangkakan Wenger akan terus kekal di Arsenal walaupun musim ini merupakan musim yang penuh pasang surut bintang Rusia tersebut..

Sementara itu Wenger memberikan petunjuk yang fans Arsenal akan menyaksikan aksi daripada penyerang berusia 18 tahun kelahiran Jepun yang menyertai Arsenal musim sejuk yang lalu dengan lebih rapat lagi selepas Ryo Miyaichi yang digelar sebagai Ryodinho di Belanda selepas muncul sebagai superstar Feyenoord hanya selepas beberapa bulan menyertai Feyenoord secara pinjaman..

Wenger mengakui beliau akan menyenaraikan Miyaichi di dalam skuadnya untuk kempen pra musim nanti untuk menyaksikan lebih rapat aksi pemain Jepun ini yang telah menerima respon positif sejak menyertai Arsenal dan di pinjamkan ke Feyenoord.. Dan jika Wenger berpuas hati, beliau akan cuba untuk menyelesaikan work permit Miyaichi.. Apa-apa pun x sabar nak menyaksikan kelibat Miyaichi semasa pra musim nanti..

Sementara itu selepas kapten pasukan Cesc Fabregas disahkan tidak akan beraksi perlawanan akhir musim ini menentang Fulham, Samir Nasri, Gael Clichy dan Abou Diaby berada di dalam keraguan untuk aksi menentang Fulham ahad ini dengan mereka bertiga akan melalui ujian kecergasan minit akhir sebelum sebarang keputusan dibuat Wenger.. Harap-harapnya Clichy dan Nasri akan cergas sepenuhnya untuk beraksi ahad ini..

dari: atikah fan club

Sabtu, 14 Mei 2011

Arsenal datang Malaysia?




PETALING JAYA: Local football fans of the English Premier League (EPL) are in for a fantastic treat in July!

Three of the Big Four of the EPL – Arsenal, Chelsea and Liverpool – will be in town for a 10-day EPL Festival. However, the exact dates have yet to be confirmed.

The three teams will take on the national side on three different dates in July.

Football fans can look forward to seeing the likes of Frank Lampard, Fernando Torres and David Luiz (Chelsea); Cesc Fabregas, Samir Nasri and Robin van Persie (Arsenal); and Steven Gerrard, Raul Meireles and Luis Suarez (Liverpool) in action.

This will be the first time that three top English clubs will be in town since the inaugural FAPL Asia Cup in 2003. Then, the teams who came were Birmingham, Newcastle and Chelsea.

Chelsea chief executive Ron Gourlay had announced last year that they would be in Kuala Lumpur and Bangkok in July for their Chelsea Asia Tour 2011.

Chelsea’s Asia Tour programme in Kuala Lumpur would include a friendly game against the national team at the National Stadium in Bukit Jalil, an open training session for the fans and community coaching programmes.


Petikan dari The Star.

Kalau berita ini menjadi kenyataan,ini bermakna peminat peminat Arsenal dapat berjumpa secara live dengan pemain pemain bintang Arsenal seperti kapten,Cesc Fabregas,Samir Nasri,Robin Van Persie dan sebagainya.Namun begitu,Arsenal masih lagi memberi kata putus.Hanya Chelsea sahaja yang memberi jawapan untuk beraksi di Malaysia.Kita berharap Arsenal memberikan jawapan positif.


p/s:Nak laser dekat muka Manuel Almunia kalau dia beraksi!

Jumaat, 13 Mei 2011

Thomas Vermaelen sudah bersedia bertemu Aston Villa

 Thomas Vermaelen bersiap sedia untuk beraksi pada perlawanan menentang Aston Villa hujung minggu ini selepas Laurent Koscielny mengalami kecederaan semasa Arsenal tewas kepada Stoke City minggu lepas.. Arsene Wenger masih ragu-ragu untuk menurunkan Vermaelen namun jelas sekali beliau tidak mempunyai sebarang pilihan selain mengandingkan Verminator dengan Johan Djourou ahad ini..

Namun keraguan menyelubungi kem Arsenal selepas Samir Nasri dan Cesc Fabregas memerlukan ujian kecergasan minit-minit akhir sebelum Wenger akan menyenaraikan mereka berdua di dalam pasukan selepas masing-masing mengalami kecederaan yang hampir sama.. Tomas Rosicky dan Abou Diaby pula disahkan akan terlepas perlawanan menentang Villa..

Sementara itu Gael Clichy dijangka akan kembali beraksi di posisi bek kiri Arsenal selepas pulih dari kecederaan.. Berita lain selain injury news ialah Arsene Wenger telah mendedahkan beliau akan aktif pada musim perpindahan kali ini selepas mengakui beliau akan mengukuhkan lagi pasukan selepas menyaksikan pasukannya melanjutkan kemarau trofi kejuaraan kepada 6 musim..

So itu berita baik bukan?? Harapnya kali ini Wenger mengotakan janjinya selepas Wenger memberitahu fans Arsenal yang Gooners cukup mengkagumkan sepanjang musim ini dan Wenger harap Gooners semuanya akan terus berada di dalam pasukan dan bangga dengan pasukan dan Wenger juga memberitahu fans Arsenal perlu terus mempercayai pemain-pemain Arsenal sekarang ini..

Sementara itu Paul Merson baru-baru ini mendedahkan yang semasa tempohnya di Highbury, Arsenal telah memberikan beliau sesuatu dan disuntik oleh 'yellowy product' semasa berkhidmat dengan Arsenal sehingga ada ura-ura memberitahu yang Wenger dan Arsenal terbabit dengan perkara yang melanggar peraturan..

Wenger pantas membalas pertanyaan ini dengan menegaskan Arsenal sama sekali tidak terlibat dengan barang-barang terlarang dan menjelaskan setiap tahun sebanyak 20 kali doping control dilakukan Arsenal untuk memastikan pemain-pemainnya bebas dari sebarang barang terlarang da nsetakat ini tiada seorang pemain Arsenal yang disahkan positif..

Wenger turut menegaskan yang staf perubatan Arsenal hanya memberikan vitamin c, multivitamins, magnesium ataupun calsium kepada pemain-pemainnya.. Dan Wenger turut memberitahu beliau tidak pernah memaksa mana-mana pemainnya mengambilnya jika mereka tidak mahu mengambilnya..

Wenger dengan lantangnya memberitahu yang jika benarlah kenyataan ini tunjukkan buktinya.. Dan Wenger juga memberitahu jika mereka jumpa seorang pemain yang mengakui yang Wenger memaksanya disuntik untuk bermain satu perlawanan tidak kiralah berapa besar pun perlawanan tersebut, beliau akan meletak jawatan..

SAMIR NASRI TIDAK AKAN PERGI DARI ARSENAL

 

Okay sebelum Aliff bercerita tentang Samir Nasri, Aliff nak ucapkan sekalung tahniah kepada Bacary Sagna yang baru sahaja menimang cahaya mata keduanya.. Sagna yang sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak lelaki sekali lagi di anugerahkan dengan anak lelaki.. So congratz Sagna.. Hopefully your boys will play with Arsenal one day.. Haha..

Okay kita beralih pula kepada Samir Nasri.. Nasri yang dijangka akan kembali ke dalam pasukan hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan hamstring sejak akhir-akhir ini masa depannya di dalam persoalan walaupun Nasri dan ayahnya sendiri telah mengesahkan beliau akan kekal di Arsenal dan ejennya sedang dalam perbincangan tentang kontraknya..

Ejen Nasri telah menyangkal sebarang dakwaan yang Nasri akan berhijrah ke mana-mana pasukan memandangkan beliau sedang dalam perbincangan dengan Arsenal tentang kontrak lanjutan dengan dijangkakan musim panas ini Nasri akan menandatangani kontrak baru.. So Nasri tidak akan ke mana-mana..

Sementara itu David Seaman memberitahu yang beliau menjangkakan yang Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny akan mempunyai masa depan yang cerah di Arsenal selepas mengakui yang Poland duo ini merupakan penjaga gol yang bagus selepas menyaksikan aksi mereka berdua di padang latihan dan Seaman turut mengakui beliau mahu mereka berdua menunjukkan kepada dunia apa yang mampu mereka lakukan..

Namun dalam masa yang sama Seaman mengakui buat masa ini ianya masih terlalu awal untuk Szczesny sementara Fabianski pula masih belum menunjukkan sepenuhnya apa yang mampu dilakukannya.. So nampaknya posisi penjaga gol numbor satu Arsenal akan disaing di antara dua rakan baik, Fabianski dan Szczesny selepas Almunia semakin lama semakin disisihkan..

Sementara itu jika sebelum ini Manchester City berangan-angan untuk menyediakan cek berjumlah 40 juta pound untuk Jack Wilshere hanya untuk menyaksikan Wilshere memberitahu beliau tidak akan ke mana-mana, kini giliran Cesc Fabregas pula menjadi sasaran mereka dengan dilaporkan Roberto Mancini meletakkan nama Fabregas di senarai teratas pemain idamannya..

Mancini oh Mancini jangan haraplah Fabregas akan meninggalkan Arsenal dan pergi ke Man. City.. Duit bukan segala-galanya.. Jika Fabregas pergi musim panas ini hanya satu tempat sahaja di tujunya iaitu Barcelona.. Fabregas sendiri mengakuinya yang jika suatu hari nanti beliau akan meninggalkan Arsenal hanya Barcelona menjadi destinasinya..

Dan Fabregas juga pernah menegaskan yang beliau sama sekali tidak akan bermain di mana-mana kelab England lain selain Arsenal.. So Mancini in your dreamlah nak dapatkan Fabregas.. Jangan ingat jika sebelum ini Wenger senang-senang je lepaskan Adebayor dan Toure ke sana Wenger akan lakukan perkara yang sama jugak dekat Fabregas..

Jersi terbaru Arsenal Musim 2011/2012



Wenger will change totally his policy

STOKE - Arsene Wenger bakal mengubah polisi pembelian pemain selepas Arsenal tewas 1-3 kepada Stoke City pada aksi Liga Perdana England kelmarin.
Kekalahan itu telah menamatkan impian skuad The Gunners untuk bersaing dalam perebutan gelaran liga musim ini.
Pengurus Arsenal itu bakal menimbang semula kemungkinan untuk membuat pelaburan bagi membawa masuk pemain pertahanan baru musim depan setelah enam tahun pasukan tersebut kemarau kejuaraan.
Arsenal banyak dibolosi mene- rusi situasi 'bola mati' pasukan lawan sepanjang musim ini dan situasi sama berlaku pada perte- muan dengan Stoke di Stadium Britannia kelmarin.
"Kami bolos 21 gol menerusi situasi 'bola mati' dan hanya 17 gol menerusi permainan terbuka, lebih banyak berbanding pasukan lain.
"Kami sering terhukum dengan set piece pasukan lawan dan pada perlawanan ini, gol pertama Stoke terhasil tanpa perlu Kenwyne Jones melompat.
"Jadi itu antara perkara yang perlu kami perbaiki dan kami perlu dapatkan pemain berpengalaman. Ia suatu persembahan yang cukup mengecewakan. Tahap kompetitif Stoke lebih tinggi berbanding kami," kata Wenger.
Kekalahan tersebut menyaksi- kan Arsenal kini sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester United tetapi Wenger tidak mahu terus menghukum para pemainnya.
"Secara keseluruhan, pasukan ini masih beraksi dengan baik musim ini. Ia bukan masa terbaik untuk melakukan analisis selepas berakhir satu perlawanan yang cukup mengecewakan.
"Andai analisis dibuat berdasarkan keseluruhan musim, banyak perlawanan yang kami tampil dengan cukup baik sekali," jelas Wenger. - AFP

Jumaat, 6 Mei 2011



PERLUKAN 3 PEMAIN BARU


Arsenal nampak goyah apabila pemain seperti Van Persie dan Fabregas tiada kerana kecederaan.

Emmanuel Petit percaya Arsene Wenger wajib membeli TIGA pemain baru sewaktu rehat musim jika mahu pasukan muda Arsenal beliau memenuhi potensinya.
 
Petit berkata: “Bukannya Arsenal tidak memiliki pemain yang bagus. Mereka ada."
 
“Anda lihat pemain seperti Cesc Fabregas, Robin van Persie dan Samir Nasri. Mereka juga berbakat. Tapi apa yang mereka tiada ialah sikap untuk menang."
 
“Mereka perlukan pemimpin sejati. Dan beliau perlukan dua atau tiga pemain baru. Kami ada ramai pemain ‘juara’ semasa saya di kelab – Tony Adams, Martin Keown, pemain seperti ini."
 
“Arsene Wenger telah melakukan tugas yang cemerlang. Beliau telah mengubah mentaliti Inggeris dan telah menemui ramuan terbaik pemain muda. Sesetengah darinya adalah yang terbaik di Eropah. Tapi beliau benar-benar perlukan pemain jaura dan pemimpin – dan beliau perlukan pemain yang berpengalaman dan terbukti dalam skuad."
 
“Arsenal ada kebolehan – kini mereka hanya perlukan pemenang.

KELAHIRAN BARU BAGI SAYA


Ramsey beri dimensi tambahan diperlukan buat pilihan barisan tengah Wenger.

Midfielder Arsenal, Aaron Ramsey mendedikasikan gol kemenangannya ke atas Manchester United kepada semua orang yang membantunya kembali ke atas padang selepas mengalami patah kaki teruk – dan berazam menebus kembali masa yang terbuang musim depan.
 
Kapten Wales berusia 20 tahun itu menghabiskan sembilan bulan pemulihan selepas mengalami patah kaki tulang berganda akibat dibentes oleh pemain Stoke, Ryan Shawcross, dan dipinjamkan ke bekas kelab, Cardiff City dan Nottingham Forest bagi membantu membina tahap kecergasannya.
 
Perlawanan menentang United merupakan hanya yang kedua buatnya untuk Arsenal dalam Liga Perdana Barclays sejak permulaan musim selepas kapten, Cesc Fabregas telah diketepikan akibat kecederaan peha, namun pemain muda itu, yang dibeli dari Cardiff dalam perjanjian bernilai £5 juta pada Jun 2008, memberi persembahan tenang yang sempurna dan menjadi lengkap apabila dia menjaringkan gol kemenangan sembilan minit selepas babak kedua bermula.
 
Ramsey kini berharap, dengan mimpi ngerinya sudahpun berlalu, musim depan akan menjadi kempen penting buatnya.
 
"Jaringkan gol itu merupakan saat istimewa buat saya. Amat berbaloi menunggu dan terlalu ramai orang dah bantu saya lalui tempoh sukar yang saya alami," kata Ramsey.
 
"Selepas semua baki perlawanan ini, harap-harap saya boleh kembali dan nikmati pra-musim yang baik, dan usaha semula tahun depan.

ARSENAL SAHKAN KENAIKAN TIKET


Peminat bayar harga lebih untuk perlawanan.

Arsenal mengesahkan mereka bakal menaikkan harga tiket dengan jumlah 6.5 peratus bermula awal musim depan. 
 
Tiket bermusim termurah di Stadium Emirates ketika ini bernilai £893, namun akan menjadi £951. Sementara tiket paling mahal yang kini bernilai £1944 semusim akan naik kepada £1825. 
 
CEO Arsenal, Ivan Gazidis menyedari bahawa peningkatan ini sesuatu yang sukar untuk mereka bagi beberapa tempoh waktu. 
 
Gazidis berkata, "Kami berfikir tentang kenaikan dengan sangat berhati-hati, ini merupakan kali pertama dalam tiga musim. 
 
"Kami faham para peminat menghadapi kenaikan kos dalam macam-macam bidang kehidupan mereka dan kelab mereka juga menghadapi masalah yang sama." 
 
"Kami telah bertindak secara bertanggungjawab selama bertahun-tahun bagi mengimbangi kesannya."

bukan hanya membeli nama2 besar untuk bermain bola sepak


Johan Djourou sokong pembangunan skuad.

Bek Arsenal, Johan Djourou merasa bahawa lebih penting untuk membangunkan skuad daripada membeli nama yang terkenal dalam pemburuan trofi kejayaan.
 
"Tentu saja anda boleh menambah pemain jika anda mahu, tapi hal yang paling penting adalah memastikan pemain yang dimiliki berkembang dengan baik bersama-sama," kata Djourou.
 
Pemain berusia 24 tahun itu menggunakan contoh The Gunners yang memenangi liga tahun 2004 bagi menyokong dakwaan bahawa kelab tidak perlu keluar membeli bintang bernama besar.
 
"Saya selalu melihat 'The Invincibles'. Kadang-kadang orang lupa, mereka menyatakan kami tak menang apa-apa dan perlu membeli pemain nama besar, namun ketika bos dapatkan Thierry Henry, Patrick Vieira dan Freddie Ljungberg, orang bertanya 'Siapa mereka?'."
 
"Orang-orang bertanya dan lihatlah apa yang terjadi."
 
"Kritikan yang diterima biasanya tak adil dan itu adalah contoh yang bagus bagi menunjukkannya kerana pemain-pemain tersebut telah menjadi legenda."
 
"Bola sepak bukan tentang hanya membeli pemain dengan nama-nama besar bagi membawa kejayaan."

Fuck United



LONDON - Peluang Arsenal untuk memenangi gelaran Liga Perdana England kembali terbuka selepas menang 1-0 ke atas pendahulu, Manchester United di Stadium Emirates malam tadi.

Rembatan Aaron Ramsey pada minit ke-56 sudah cukup untuk memberi kejayaan buat Arsenal yang kini menghuni tangga ketiga liga.

Kemenangan itu turut menggembirakan Chelsea, sekali gus berpeluang mempertahankan gelaran juara musim ini selepas menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Dengan saingan hanya berbaki tiga perlawanan, United kini hanya tiga mata mengatasi Chelsea di tangga kedua dan kedua-dua pasukan itu bakal bertembung di Old Trafford pada Ahad ini.

Arsenal pula ketinggalan enam mata di belakang United dan mengekori Chelsea dengan tiga mata.

Turun tanpa ketua pasukan, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan, Arsenal tetap berjaya mendominasi babak pertama dan sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah hantaran lintang Theo Walcott terkena tangan Nemanja Vidic.

Pada awal babak kedua, giliran Wayne Rooney menguji penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny menerusi sepakan percuma tetapi Arsenal pula memperoleh jaringan pada minit ke-56 setelah Ramsey menyudahkan hantaran Robin van Persie.

Menuju babak akhir permainan, United sedaya upaya cuba merobek gawang Arsenal dan mereka pula patut dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain gantian, Michael Owen diterjah keras pertahanan tuan rumah.

Pengadil sekali lagi enggan memberikan sepakan penalti dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat. - Agensi