Catatan Popular

Rabu, 27 April 2011

Wojciech Szczęsny - Penjaga Gol Lagenda Dalam Pembikina

n...

Wojciech Tomasz Szczęsny dilahirkan pada 18 April 1990 di Warsaw, Poland merupakan anak kepada bekas penjaga gol antarabangsa Poland, Maciej Szczęsny. Bakat diasah dari Akademi Legia Warsaw sebelum menyertai Akademi Arsenal pada 2006 ketika berusia 16 tahun dimana dia telah menandatangani kontrak professional jangkamasa panjang bersama Arsenal pada 1 Julai 2007.

Szczesny muncul dalam skuad utama dibangku simpanan buat pertama kali dalam EPL ketika menentang Stoke City pada 24 Mac 2009. Pada musim 2009/10, namanya disenaraikan dalam skuad utama dimana dia mendapat debut pertamanya bersama skuad utama Arsenal pada 22 September 2009 menentang West Brom dengan rekod tanpa bolos. Pada 20 November 2009, Szczesny menyertai pasukan Liga Satu England, Brenford sebagai pemain pinjaman sehingga Mei 2010 dimana dia telah menampilkan aksi cemerlang sehingga mendapat pujian dari pengurus Brenford, Andy Scott.

Pada 27 Oktober 2010, dia membuat penampilan kedua ketika Arsenal membelasah Newcastle United 4-0 di St James Park dalam saingan Piala Carling. Kecederaan melanda Almunia dan Fabianski membuka ruang kepada Szczesny mendapat debut dalam EPL ketika menentang Man United pada 13 Disember 2010 di Old Trafford. Dia mengalami kekecewaan bersama Koscielny apabila berlaku salah faham membuka ruang kepada Obafemi Martins menjaringkan gol kemenangan Birmingham padi minit 87 menyaksikan Arsenal tewas di final Piala Carling pada 27 Februari lalu yang sedikit sebanyak meruntuhkan sedikit keyakinan dirinya.

Diperingkat antarabangsa, Szczesny memulakan karier bersama skuad Poland B-21 dalam saingan kelayakan Kejohanan Eropah 2011. Meskipun baru berusia 21 tahun, dia sudahpun mendapat debut dalam skuad utama Poland ketika persahabatan antarabangsa menentang Kanada pada 18 November 2009 ketika masuk mengantikan Tomasz Kuszczak pada minit 48. Szczesny telah mendapat debut penuh bersama skuad utama Poland pada Februari 2011 dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Norway.

Kelemahan ketara Arsenal kebelakangan ini adalah posisi penjaga gol selepas pemergian Jens Lehmann. Namun muncul Szczesny yang baru berusia 21 tahun mampu mengalas tugas dengan cemerlang ketika Almunia dan Fabianski dibelengu kecedaraan panjang. Kritkan hebat terhadap Wenger kerana tidak menandatangani penjaga gol berkelas dunia terjawab kerana kita sudah memiliki bakal penjaga gol terbaik dunia dalam pembikinan. Szczesny dilihat sebagai bayangan kepada David Seaman, lagenda penjaga gol Arsenal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan