Catatan Popular

Khamis, 28 April 2011

WENGER AKHIRNYA AKUI GUNNERS PERLUKAN PEMAIN BARU

Cabaran kejuaraan liga Arsenal sekali lagi menemui jalan buntu.

Arsene Wenger akhirnya mengakui pasukan beliau kekurangan kelibat pemain yang ‘lantang’ di bahagian pertahanan, masalah yang akan membuatkan beliau menjenguk pasaran perpindahan pemain pada musim panas ini.
 
Kritikan utama terhadap Wenger ialah kerana kegagalan beliau untuk menyelesaikan masalah Arsenal di bahagian pertahanan iaitu kehadiran seorang bek tengah berkuasa namun beliau degil untuk membuat sebarang perubahan.
 
Tahun lepas, beliau enggan mengeluarkan belanja lebih untuk bek tengah Everton, Phil Jagielka atau Gary Cahill dari Bolton namun menghabiskan £13 juta untuk duo defensif Perancis, Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci. Kedua-duanya tidak dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan aksi bola sepak Inggeris.
 
‘Kami tidak menyerang bola dengan secukupnya, tiada siapa yang lantang,’ kata Wenger ketika mengulas kekalahan 2-1 pasukannya di Bolton.
 
‘Kami terlalu kerap melakukan kesilapan. Ia sukar untuk difahami. Kami nampak tidak bersedia. Kami melepaskan dua gol dari dua sepakan penjuru dan apabila anda bermain di perlawanan penting, ia memang keterlaluan.'
 
Wenger menambah: ‘Kami perlu memperkuatkan skuad di tempat yang sepatutnya dan membuat keputusan betul di bahagian serangan. Ia sentiasa bermain di fikiran saya setiap hari. Jangan fikir ia tidak berada di pemikiran saya.’



Tiada ulasan:

Catat Ulasan