Zenit St Petersburg berminat bagi menandatangani kembali Andrey Arshavin sekiranya striker itu mahu meninggalkan Arsenal.
Pemain licik Rusia, Arshavin bergelut dengan prestasi musim ini, selepas sebelumnya berkesan sejak tiba di kelab pada 2009 dengan harga £15 juta.
Sekiranya bos Gunners, Arsene Wenger berminat menjual pemain berusia 29 tahun itu, bekas kelabnya tentu akan gembira untuk membawanya kembali ke Rusia.
Pengarah sukan Zenit, Igor Korneev berkata, "pintu kami sentiasa terbuka untuk Andrey."
"Jika situasinya di Arsenal tak berubah dan dia tak selesa di London, kami dapat melihat isu ini dalam waktu yang tepat untuk musim hadapan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan