Catatan Popular

Jumaat, 29 April 2011

Thomas Vermaelen back against MU


Arsene Wenger telah mengesahkan yang Thomas Vermaelen akan beraksi pada perlawanan menentang Manchester United namun bukan bersama skuad utama hujung minggu ini namun bersama skuad simpanan yang berkunjung ke Old Tradford malam ini pada perlawanan terakhir skuad simpanan Arsenal..

Namun sekurang-kurangnya kita tahu yang Vermaelen akan kembali semula musim ini.. Harap-harapnya.. Si welcome back Vermaelen!! We all miss you.. Arsenal juga akan menentang Manchester hujung minggu ini tanpa kelibat Abou Diaby yang masih mengalami kecederaan betis yang memaksanya dikeluarkan semasa menentang Tottenham Hotspurs..

Arsene Wenger turut menegaskan yang dia tidak akan menjual mana-mana pemain terbaiknya walaupun sejak akhir-akhir ini dilaporkan Wenger bersedia untuk menjual pemain utamanya namun ini telah disangkal Wenger yang menegaskan beliau akan mengekalkan pemain utamanya dan beliau turut mengakui akan cuba memperkukuhkan pasukan musim panas ini..

Perlukah Fabregas terus kekal bersama Arsenal?


Image

Dengan spekulasi smakin banyak membabitkan kapten & pemain harapan kita sejak dulu, Cesc Fabregas, ramai yang mencadangkan agar fabregas keluar dari arsenal.. (korang pun boleh dengar preview sebelum game vs bolton)

dia yang pernah menyatakan minatnya untuk menyarung jersi barcelona satu hari nanti juga memandang rendah pada kemampuan pemain-pemain arsenal yang lain dengan menyatakan mereka tidak la sehebat RVP & dirinya sendiri yg telah pun memenangi BPL tanpa kalah pada musim 04/05.

selain daripad itu, keberanian untuk bercakap pada amedia berkenaan arsenal juga sudah semakin menjadi-menjadi kerana dia seolah-seolah ingin mencari peluang utk meninggalkan arsenal..

prestasi dia juga agak tenggelam & jatuh pada musim ini berbanding ketika sebelum dia dgn kontrovesinya menyarung jersi barcelona selepas memenangi World Cup bersama spain..

so, apa pula komen korang? perlukah arsenal terus menggunakan khidmat dia?

Khamis, 28 April 2011

SAAT UBTUK MENGUNAKAN UMUR UNTUK ALASAN


Pemain yang harus dipersalahkan.

Theo Walcott menegaskan Arsenal tidak boleh lagi menggunakan usia muda sebagai alasan dalam kesalahan dan yakin pemain kelab harus menerima kritikan bagi kegagalan berbanding Arsene Wenger. 
 
Walcott berkata, "Jika kami mahu menang piala, kami perlu belajar. Kita tak boleh menggunakan alasan selaku pemain muda. Kami berpengalaman. Kami perlu berdiri dengan sendiri dan bertanggungjawab setiap masa, dan saya tak yakin kami selalu melakukan hal itu." 
 
Kini sembilan mata di belakang Manchester United, skuad Wenger telah tercicir jumlah 13 mata daripada kedudukan pemenang sepanjang kempen, yang terbaru datang ketika mempersia-siakan kelebihan 3-1 di White Hart Lane pada hari Rabu, sesuatu yang mengecewakan pemain antarabangsa England itu. 
 
Kekurangannya di The Emirates bahkan menyebabkan beberapa penyokong mempersoalkan kedudukan panjang Arsene Wenger ketika jurulatih Perancis itu menghampiri tempoh 15 tahun di kelab. 
 
Namun, Walcott berpendapat kritikan sedemikian perlu turut jatuh kepada staf permainan sebagaimana terhadap pengurusan. 
 
Dia menambah, "Orang ramai memandangnya, tapi mungkin mereka perlu melihat para pemain kerana kami tak memberi hasil yang baik."

KAMI AKAN AMBIL ARSHAVIN JIKA DIA INGIN KEMBALI


Musim sukar bagi Arshavin.

Zenit St Petersburg berminat bagi menandatangani kembali Andrey Arshavin sekiranya striker itu mahu meninggalkan Arsenal. 
 
Pemain licik Rusia, Arshavin bergelut dengan prestasi musim ini, selepas sebelumnya berkesan sejak tiba di kelab pada 2009 dengan harga £15 juta. 
 
Sekiranya bos Gunners, Arsene Wenger berminat menjual pemain berusia 29 tahun itu, bekas kelabnya tentu akan gembira untuk membawanya kembali ke Rusia. 
 
Pengarah sukan Zenit, Igor Korneev berkata, "pintu kami sentiasa terbuka untuk Andrey." 
 
"Jika situasinya di Arsenal tak berubah dan dia tak selesa di London, kami dapat melihat isu ini dalam waktu yang tepat untuk musim hadapan."

WENGER AKHIRNYA AKUI GUNNERS PERLUKAN PEMAIN BARU

Cabaran kejuaraan liga Arsenal sekali lagi menemui jalan buntu.

Arsene Wenger akhirnya mengakui pasukan beliau kekurangan kelibat pemain yang ‘lantang’ di bahagian pertahanan, masalah yang akan membuatkan beliau menjenguk pasaran perpindahan pemain pada musim panas ini.
 
Kritikan utama terhadap Wenger ialah kerana kegagalan beliau untuk menyelesaikan masalah Arsenal di bahagian pertahanan iaitu kehadiran seorang bek tengah berkuasa namun beliau degil untuk membuat sebarang perubahan.
 
Tahun lepas, beliau enggan mengeluarkan belanja lebih untuk bek tengah Everton, Phil Jagielka atau Gary Cahill dari Bolton namun menghabiskan £13 juta untuk duo defensif Perancis, Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci. Kedua-duanya tidak dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan aksi bola sepak Inggeris.
 
‘Kami tidak menyerang bola dengan secukupnya, tiada siapa yang lantang,’ kata Wenger ketika mengulas kekalahan 2-1 pasukannya di Bolton.
 
‘Kami terlalu kerap melakukan kesilapan. Ia sukar untuk difahami. Kami nampak tidak bersedia. Kami melepaskan dua gol dari dua sepakan penjuru dan apabila anda bermain di perlawanan penting, ia memang keterlaluan.'
 
Wenger menambah: ‘Kami perlu memperkuatkan skuad di tempat yang sepatutnya dan membuat keputusan betul di bahagian serangan. Ia sentiasa bermain di fikiran saya setiap hari. Jangan fikir ia tidak berada di pemikiran saya.’



Arsenal sedia lepaskan Fabregas



Cesc Fabregas


LONDON – Sekalipun keberatan, Arsenal sedia menjual Cesc Fabregas pada harga 35 juta pound (RM175 juta).
Arsene Wenger dijangka tidak menghalang pemergian pemain Sepanyol itu kali ini selepas pada musim lalu pernah memujuknya supaya tidak meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab kesayangannya, Barcelona.
Sumber dalaman Arsenal percaya musim ini merupakan yang terakhir buat Fabregas di Emirates meskipun kontraknya bernilai 120,000 seminggu masih berbaki empat tahun.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu jelas tidak gembira dengan kegagalan kelabnya menjulang sebarang trofi sejak 2005.
Pengurusnya, Wenger sedar betapa mustahil untuk dia mempunyai alasan lain untuk menyakinkan pemain bercita-cita tinggi seperti Fabregas, 23, menetap di London Utara.
Fabregas dilaporkan kecewa selepas Arsenal menolak tawaran 29 juta pound daripada Barcelona musim lalu.
Wenger meminta dia memberikan peluang terakhir untuk membuktikan kemampuannya membimbing skuad muda Arsenal ke arah kejayaan, tetapi sekali lagi menemui kegagalan.
Sumber kelab berkata, Fabregas merasakan dia telah melakukan yang terdaya untuk Arsenal.
“Dia bersama pasukan ini selama lapan tahun dan percaya dirinya telah mempamerkan tahap kesetiaan yang tinggi.
“Pasukan ini sekali lagi menamatkan cabaran dengan tangan kosong dan dia khuatir situasi sama tidak akan berubah,” ujar sumber itu.
Arsenal mahukan sekurang-kurangnya 35 juta pound untuk pemain tonggak yang dibeli hanya 500,000 pound dari akademi remaja Barcelona pada 2003.
Namun, permintaan harga itu mungkin menidakkan impian Fabregas kerana Barcelona keberatan meningkatkan bidaan harga tahun lalu untuk seorang pemain yang tidak dipastikan akan diturunkan dalam kesebelasan utama secara automatik.
Real Madrid dilaporkan juga berminat, namun Fabregas lebih gemar kembali ke kelab asalnya. – Agensi

Rabu, 27 April 2011

Chilchy rumored to Liverpool FC




Caughtoffside.com are responsible for linking Liverpool to Arsenal full-back Gael Clichy.
The suggestion is that Clichy's contract talks at Arsenal have hit a stumbling block—and Liverpool boss Kenny Dalglish is ready to pounce.
Left-back Clichy is being priced at around £9 million, and is rumored to be considering his future at The Emirates.
It would represent something of a coup if Liverpool made this one happen

Wojciech Szczęsny - Penjaga Gol Lagenda Dalam Pembikina

n...

Wojciech Tomasz Szczęsny dilahirkan pada 18 April 1990 di Warsaw, Poland merupakan anak kepada bekas penjaga gol antarabangsa Poland, Maciej Szczęsny. Bakat diasah dari Akademi Legia Warsaw sebelum menyertai Akademi Arsenal pada 2006 ketika berusia 16 tahun dimana dia telah menandatangani kontrak professional jangkamasa panjang bersama Arsenal pada 1 Julai 2007.

Szczesny muncul dalam skuad utama dibangku simpanan buat pertama kali dalam EPL ketika menentang Stoke City pada 24 Mac 2009. Pada musim 2009/10, namanya disenaraikan dalam skuad utama dimana dia mendapat debut pertamanya bersama skuad utama Arsenal pada 22 September 2009 menentang West Brom dengan rekod tanpa bolos. Pada 20 November 2009, Szczesny menyertai pasukan Liga Satu England, Brenford sebagai pemain pinjaman sehingga Mei 2010 dimana dia telah menampilkan aksi cemerlang sehingga mendapat pujian dari pengurus Brenford, Andy Scott.

Pada 27 Oktober 2010, dia membuat penampilan kedua ketika Arsenal membelasah Newcastle United 4-0 di St James Park dalam saingan Piala Carling. Kecederaan melanda Almunia dan Fabianski membuka ruang kepada Szczesny mendapat debut dalam EPL ketika menentang Man United pada 13 Disember 2010 di Old Trafford. Dia mengalami kekecewaan bersama Koscielny apabila berlaku salah faham membuka ruang kepada Obafemi Martins menjaringkan gol kemenangan Birmingham padi minit 87 menyaksikan Arsenal tewas di final Piala Carling pada 27 Februari lalu yang sedikit sebanyak meruntuhkan sedikit keyakinan dirinya.

Diperingkat antarabangsa, Szczesny memulakan karier bersama skuad Poland B-21 dalam saingan kelayakan Kejohanan Eropah 2011. Meskipun baru berusia 21 tahun, dia sudahpun mendapat debut dalam skuad utama Poland ketika persahabatan antarabangsa menentang Kanada pada 18 November 2009 ketika masuk mengantikan Tomasz Kuszczak pada minit 48. Szczesny telah mendapat debut penuh bersama skuad utama Poland pada Februari 2011 dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Norway.

Kelemahan ketara Arsenal kebelakangan ini adalah posisi penjaga gol selepas pemergian Jens Lehmann. Namun muncul Szczesny yang baru berusia 21 tahun mampu mengalas tugas dengan cemerlang ketika Almunia dan Fabianski dibelengu kecedaraan panjang. Kritkan hebat terhadap Wenger kerana tidak menandatangani penjaga gol berkelas dunia terjawab kerana kita sudah memiliki bakal penjaga gol terbaik dunia dalam pembikinan. Szczesny dilihat sebagai bayangan kepada David Seaman, lagenda penjaga gol Arsenal

TELAH BERAKHIR


LONDON - Impian Arsenal untuk merangkul gela- ran Liga Perdana England musim ini berakhir selepas tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers semalam .
Skuad bimbingan Arsene Wenger itu perlu menang di Stadium Reebok bagi membolehkan mereka mengekori rapat pendahulu liga, Manchester United.
Begitupun, Daniel Sturridge meletakkan Bolton di depan pada minit ke-38 sebelum pemain tengah Israel, Tamir Cohen menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.
Cohen meraikan jaringan itu dengan menanggalkan jersi pasukan untuk mendedahkan baju-T yang terpapar wajah mendiang bapanya, Avi Cohen yang juga bekas pemain Liverpool.
Gol sagu hati skuad The Gunners diperoleh menerusi penyerang Belanda, Robin van Persie pada minit ke-47.
Kekalahan pertama Arsenal daripada 17 perlawanan liga itu telah meletakkan mereka kekal di tangga ketiga, sembilan mata di belakang United dengan baki empat perlawanan.
Keputusan itu sekali gus memusnahkan impian Arsenal untuk merangkul gelaran liga buat kali pertama sejak 2005.
Pada aksi semalam, kecuaian benteng pertahanan Arsenal sekali lagi dihukum apabila Sturridge menanduk gol pembukaan hasil sepakan penjuru.
Gol itu adalah yang ketujuh buat Sturridge bersama Bolton sejak dipinjamkan dari Chelsea.
Bolton hampir menambah gol kedua pada awal babak kedua selepas Stur- ridge dikasari Johan Djourou tetapi sepakan penalti Kevin Davies berjaya ditampan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.
Bagaimanapun, van Persie berjaya melakar rekod baru dalam Liga Perdana England sebagai pemain Belanda yang berjaya menjaringkan tujuh gol berturut-turut di gelanggang lawan. - AFP
Copied from Kosmo